BTC USD 55,733.0 Gold USD 1,778.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wow! Mentor yg hebat!

Congratulation to my super upline kak Faizati Mohamed for her 1 million Ringgit sales record in a month! Proud to be a part of Alamanda's group! PM 0128272701 if you are interested to join our team.

Kedai Farmasi Cosway Alamanda Capai Jualan Bulanan RM1 Juta


KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Cosway Pharmacy Alamanda yang diuruskan oleh usahawan Bumiputera, Rohamiza Faizati Mohamed, mencapai jualan RM1 juta sebulan sejak Disember tahun lepas.

Pencapaian usahawan itu dipuji oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malik.

Berucap pada majlis perasmian farmasi jualan tertinggi di Alamanda, Putrajaya, Jumaat, Hassan juga mengucapkan tahniah kepada Cosway Corporation Bhd yang mewujudkan model kedai percuma bagi melahirkan usahawan berjaya seperti Rohamiza.

Beliau kagum di atas pencapaian anggota Bumiputera Cosway yang bukan sahaja meraih kejayaan malah turut mencapai hasil jualan tertinggi.

"Ini membuktikan konsep kedai bebas ini merupakan model yang berjaya, yang menyediakan landasan untuk melahirkan lebih ramai usahawan, termasuk ahli farmasi," katanya.

Teks ucapan beliau diedarkan di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Cosway Corporation, Yeap Dein Wah yang hadir pada majlis itu berkata syarikat itu akan memperkenal inisiatif baharu seperti rancangan keuntungan pilihan kedua untuk membolehkan anggotanya menikmati peluang meraih pendapatan tinggi daripada kedua-dua perniagaan tempatan dan global.

"Dalam masa yang singkat kami telah menubuhkan 135 Kedai Farmasi Cosway yang merupakan model kedai bebas terbaharu diwujudkan pada 2008," katanya.

Model Farmasi Cosway diperkenalkan pada Januari tahun lalu. Di bawah konsep kedai bebas itu, individu yang berdaya usaha boleh belajar selok-belok perniagaan dan keusahawanan, sambil mendapat pengalaman berguna menjadi bos mereka sendiri di samping meraih pendapatan lumayan.

Ini dicapai tanpa menghadapi risiko dalam menguruskan perbelanjaan yang biasa dihadapi dalam model perniagaan tradisional.

Cosway menanggung belanja pengubahsuaian, peralatan, sistem IT, sewa, kemudahan dan promosi dengan barangan dibekalkan atas dasar barang-barang dipesan.



-- BERNAMA

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
majock
Views
832
Last update

More entries in Others

More entries from majock

Top
Log in Register