BTC USD 54,280.6 Gold USD 1,793.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TuneTalk-ToneExcel

Salam Sejahtera

Di sini saya ingin ulas sedikit pembabitan saya di dalam perniagaan tunetalk, semoga ada panduan yang boleh dijadikan sempadan.

Baru-baru ni saya berjumpa dengan seseorang yang telah join bisnes Tunetalk toneexcelwow ini seangkatan dengan saya. Promote siang malam, kesudahnya give up di tengah jalan. Komisyen pun makin susut, namun taklah sampai takda langsung. Kalau setakat beratus ringgit tu ade lah.

Saya tanya, dia macamana dia promote. Dia jawab, dia promote macamana orang buat MLM promote. Tanpa disedari duit keluar beratus kali ganda habis berbanding duit masuk. Memang la, masa baru baru join mana ada komisyen lagi, tapi duit dah habis dua tiga ribu ringgit buat promosi.

Satu lagi saya tanya dia berapa ringgit dia top up setiap bulan. Dia kata dia topup RM20 sahaja (itu tahap minima dalam bisnes ni untuk dapat komisyen).

Saya tanya lagi, sebelum dia join bisnes ni berapa dia belanja bayar bil telefon atau bayar duit prepaid. Dia jawab RM300. Laaaa kenapa topup tunetalk hanya RM20 sahaja. Dia jawab cukupla untuk join bisnes ini, saya masih pakai prepaid maxis, jadi saya topup la dekat maxis RM280.

Saya kata itu punca pertama kenapa dia gagal dalam bisnes TuneTalk-ToneExcel ini. Kerana dia tidak menjadikan tunetalk itu PRODUK KEPERLUAN dia. Hanya produk sampingan. Hasilnya keseluruh donwline dia pun tiru macam dia, topup minima. Bila dia tengok upline buat macam tu, mereka pun anggap tunetalk adalah produk sampingan, bukan produk keperluan.

Tiada siapa akan berjaya dalam sesuatu perniagaan MLM itu jika produk yang disertainya adalah produk sampingan. Bila bisnes tidak bergerak, produk sampingan akan ditendang keluar, kerana ia bukan keperluan. Bila keseluruhan networking dia mempunyai mentaliti yang sama, maka tunggulah hari pengkebumian pembabitannya dalam bisnes tersebut.

Pertama sekali, kita kena mulakan pada diri kita sendiri, walau pun belum ada downline, kita kena jadikan produk bisnes yang kita sertai menjadi PRODUK KEPERLUAN kita. Itulah syaratnya. Inilah hukum pertama dalam bisnes ToneExcel WOW. Jika tidak mahu jadikan ini sebagai produk keperluan anda, saya dengan ikhlas hati menggalakkan anda berhentilah daripada buat bisnes ini dari peringkat awal kerana jalan untuk menghadapi kegagalan sangat hampir kepada anda!

Semoga berjaya!

http://tunetalk.ws/263456.php

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
wan syazwani
Views
755
Last update

More entries in Others

More entries from wan syazwani

Top
Log in Register