BTC USD 60,282.0 Gold USD 1,728.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips Dan Panduan Temuduga

temuduga.jpg



Tips temuduga

Pasti ramai lepasan graduan yang sedang mengintai-ngitai peluang perkerjaan yang bagus dan terbaik buat diri masing-masing. Perkara yang tidak dapat dalam proses memohon sesuatu kerja ialah sesi temuduga. Ianya adalah salah satu cara majikan untuk memilih dan mencari perkerja yang layak dan berkemampuan melaksanakan tugas-tugas yang akan diarahkan nanti.

1. Persiapkan diri secara mental dan fizikal. Biasanya sesi temuduga akan dihadiri oleh ramai calon lain, dan setiap calon akan dipanggil mengikut giliran masing-masing.

2. Berpakaian kemas dan sopan. Ia akan melambangkan keperibadian kita, jadi disini para panel juga akan dapat menilai kita.

3. Siapkan terlebih awal segala dokumen yang diperlukan. Jika ada yang memerlukan salinan fotokopi sebaiknya kita sudah siapkannya sebelum menhadiri temuduga. Susun semua dokumen agar tidak berterabur agar menyenangkan panel untuk menyemak. Asingkan terus dokumen yang asal dengan salinan fotokopi.

4. Pastikan kita sediakan Resume yang baik agar panel dapat faham dengan mudah serta tidak bercelaru. Susun atur setiap maklumat mengikut kategori. Dan pastikan disertakan dengan gambar ukuran pasport yang terkini.

Contoh apa yang perlu ada dalam Resume yang bagus :-
1. Nama anda
2. Objektif kareer anda apa yang anda ingin capai sekiranya anda diambil bekerja
3. Alamat, no telefon dan email anda.
5. Kelebihan anda kekuatan atau kelebihan anda yang boleh membantu meningkatkan prestasi bakal organisasi anda.
6. Latar belakang akademik anda pencapaian akademik anda bermula dari peringkat SPM sehingga peringkat tertinggi.
7. Pengalaman bekerja tempat lama anda bekerja, berapa lama anda di sana, jawatan yang dipegang, pencapaian anda semasa memegang jawatan tersebut
8. Kemahiran komputer dan kemahiran bahasa anda
9. Rujukan pihak yang boleh dijadikan rujukan untuk mengesahkan maklumat yang terdapat dalam resume anda.

5. Ketika mula melangkah masuk kedalam bilik temuduga. Baca Bismillah, ketuk pintu dan beri salam. Jangan duduk sebelum panel suruh duduk.

6. Apabila Panel meminta dokumen, hulurkan dengan tertib menggunakan tangan kanan. Pastikan ia didalam folder yang sesuai dan tersusun rapi.

7. Ketika sesi soal jawab bermula, jawablah dengan suara yang lantang agar panel dapat dengar dengan jelas setiap jawapan yang kita berikan.

8. Dan pastikan juga mata kita tepat memandang panel, jangan pandang kearah lain nampak macam kita hilang fokus. Ia juga penting bagi menunjukkan keyakinan kita semasa menjawab soalan yang ditanya.

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
edy1405
Views
1,522
Last update

More entries in Others

More entries from edy1405

Top
Log in Register