BTC USD 38,786.1 Gold USD 1,812.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tajuk: 5 Jenis Rekaan Yang Anda Boleh Buat Hanya Dengan 3D Printer

Teknologi kini semakin berkembang pesat dan hal ini telah memudahkan urusan seharian, apabila pencetak 3D menjadi satu fenomena baru. Waktu dulu, mencipta figura berdimensi 3 dimensi adalah suatu perkara yang mustahil dan kita hanya mampu membayangkan sahaja.

Kini, visi yang dahulunya mustahil kini menjadi realiti. Sudah tentu hal ini sangat disukai geng-geng penggemar hobi baru di luar sana. Kumpulan ini akhirnya dapat meneroka benda baru untuk hobi dan minat diorang. Nak pulak, sekarang ni pencetak 3D ada banyak jenis, bermula dari harga mampu milik sehingga ke harga paling mahal. Sekarang ni semua orang mampu memiliki pencetak 3D dan boleh mencubanya!

Mungkin juga, pada masa akan datang, pencetak 3D akan menjadi peralatan keperluan di setiap rumah seperti pencetak 2D sekarang. Alaa, printer nak print esaimen korang tulah. Pencetak 3D memberi banyak manfaat untuk semua orang dan tak terhad untuk orang-orang tertentu sahaja. Semua orang boleh mencubanya. Kalau korang berminat nak cuba dan ada keinginan nak belajar benda baru jadi korang patut mencuba percetakan 3D dan boleh mulakan hobi baru.

Kepada beginner, ini 5 perkara yang korang boleh cuba reka guna pencetak 3D.

1) Cetak Karakter Kegemaran Anda Dari Anime, Filem dan Permainan Video


54519_366724.jpg


























Peminat tegar pastinya suka dengan cetakan 3D ni sebab korang boleh reka sendiri karakter kegemaran korang. Banyak tau boleh jimat! Korang tak payah keluarkan duit untuk beli merchandise sebab korang boleh reka sendiri, lepas tu boleh tambah apa yang patut dalam desain korang tu.

Dalam jangka masa panjang, korang boleh mula meniaga dengan jual merchandise sendiri. Korang cetak banyak-banyak dan jual.

2) Cetak Bahan Bantu Mengajar Anda Sendiri (Perubatan, Arkitek, Fesyen)
virtual_hearts.jpg


Pencetak 3D merupakan bahan bantu mengajar yang paling berguna untuk pelajar. Kalau korang bukan pelajar sekalipun, model cetakan seperti jantung manusia, mini model bangunan dan baju blaus pastinya membantu mereka yang menggunakan model tersebut kerana boleh dirasa dan disentuh seterusnya membantu menambah baik proses pembelajaran.

Sebagai contoh, korang boleh hafal laluan darah dan proses pernafasan lebih baik sebab model yang dicetak ada lebih perincian. Korang dah tak payah lagi dah nak berjaga malam dekat makmal semata-mata nak gunakan model tersebut sebab korang boleh reka sendiri je kat bilik kalau korang ada pencetak 3D.

Sebagai pelajar arkitek, korang dah tak perlu reka model bangunan secara manual sebab korang boleh terus cetak je layout plan korang dari pencetak 3D. Sama jugak dengan pelajar desain sebab korang boleh terus cetak je dari pencetak 3D.

3) Cetak Peralatan Rumah Anda (Tempat Letak Sabun dan Tempat Letak Telefon Bimbit)

891969fd72500a0a9b082cf42fe37ec0.jpg
























Korang perlukan bantuan untuk susun barang-barang kecil korang yang berserabut tu? Kadang-kadang, korang sampai tak ingat korang letak kat mana sebab korang main letak je.

Jadi, mesti penyelesaiannya adalah dengan membeli peralatan rumah dan korang boleh susun dengan kemas semua barangan korang tu. Tapi, ini juga bermakna yang korang kena keluarkan duit untuk beli barang, bukan?

Kenapa nak berbelanja kalau boleh reka sendiri je? Pilihan di tangan korang!


4) Cetak Dekorasi Rumah Anda (bingkai gambar, tulisan kaligrafi)
3d printed calligraphy.jpg


Korang dah pergi banyak kedai dan korang masih tak jumpa dekorasi yang korang mahukan? Kenapa korang tak reka sendiri je apa yang korang mahukan. Mudah dan senang. Petik jari je dah siap!

Korang juga boleh hias rumah korang dengan desain dekorasi korang sendiri lepas tu bolehlah menunjuk dengan kawan-kawan bila diorang datang melawat rumah. Inilah masanya korang nak tunjukkan bakat terpendam korang. Pastinya jauh di sudut hati korang, di lubuk hati korang, sebenarnya ada bakat terpendam sebagai designer.

5) Cetak Mainan Kanak-Kanak (Rumah Patung, Rumah Mini)
3d-printed-architecture-model.jpg


Anak-anak akan mula buat perangai bila kehendak diorang tidak dipenuhi. Diorang akan meminta mainan mahal sebab kawan-kawan diorang semua ada.

Sebagai ibu bapa, korang pastinya rasa bersalah sebab korang tak dapat nak penuhi permintaan diorang sebab korang tak ada duit nak beli. Jadi, korang boleh reka sendiri mainan anak-anak korang dengan menggunakan pencetak 3D, korang boleh pilih sendiri nak warna apa dan desain yang macam mana. Lebih mudah, bukan!

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
Jadi.life
Views
105
Last update

More entries in Others

More entries from Jadi.life

Top
Log in Register