BTC USD 23,507.6 Gold USD 1,768.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syiah Kafir Pd Pendpt Para Ulama, Bhg. 2

post #310

11. Imam Yazid bin Harun rahimahulllh (W. 206 H)
Beliau berkata,
يكتب عن كل صاحب بدعة إذا لم يكن داعية إلا الرافضة فإنهم يكذبون
"Boleh mencatat (hadis) dari setiap penganut bid'ah yang menyeru kepada bid'ahnya, kecuali (Syi'ah) Rafidhah kerana mereka sering berdusta." [Diriwayatkan oleh Ibnu Baththah dalam Al-Ibanah Al-Kubra `sebagaimana dalam Minhj As- Sunnah 1/60 karya Ibnu Taimiyah]

12. Imam Muhammad bin Yusuf Al-Firyaby rahimahulllh (W. 212 H)
Beliau berkata,
ما أرى الرافضة والجهمية إلا زنادقة
"Saya tidak memandang kaum Rafidhah dan kaum Jahmiyah, kecuali sebagai orang-orang zindiq." [Diriwayatkan oleh Al-Llak `iy dalam Syarh Ushul I'tiqad Ahlis Sunnah Wa Al-Jama'ah 8/1457]

13. Imam Al-Humaidy, Abdullah bin Az-Zubair rahimahulllh (W. 219 H)
Setelah menyebutkan kewajipan mendoakan rahmat bagi para sahabat, beliau berkata,
فلم نؤمر إلا بالاستغفار لهم, فمن يسبهم, أو ينتقصهم أو أحدا منهم, فليس على السنة, وليس له في الفئ حق
"Kita tidak diperintah, kecuali memohonkan ampunan bagi (para sahabat). Siapa saja yang mencerca mereka atau merendahkan mereka atau salah seorang di antara mereka, dia tidak berada di atas sunnah dan tidak ada hak apapun baginya dalam Fa `i." [Ushl As-Sunnah hal.43]

14. Imam Al-Qasim bin As-Sallam rahimahulllh (W. 224 H)
Beliau berkata,
عاشرت الناس, وكلمت أهل الكلام, وكذا, فما رأيت أوسخ وسخا, ولا أقذر قذرا, ولا أضعف حجة, ولا أحمق من الرافضة ...
"Saya telah hidup dengan seluruh manusia. Saya telah bercakap dengan ahli kalam dan ... demikian. Saya tidak melihat ada yang lebih kotor, lebih menjijikkan, hujahnya lebih lemah, dan lebih dungu daripada kaum Rafidhah .... "[Diriwayatkan oleh Al-Khallal dalam As-Sunnah 1/499]

15. Imam Ahmad bin Yunus rahimahulllh (W. 227 H)
Beliau berkata,
إنا لا نأكل ذبيحة رجل رافضي, فإنه عندي مرتد
"Sesungguhnya kami tidak memakan sembelihan seorang Syi'ah Rafidhah kerana dia, menurut Saya, adalah murtad." [Diriwayatkan oleh Al-Llak `iy dalam Syarh Ushul I'tiqad Ahlis Sunnah Wa Al-Jama'ah 8/459]

16. Imam Ahmad bin Hanbal rahimahulllh (W. 241 H)
Banyak riwayat dari beliau tentang celaan terhadap kaum Rafidhah. Di antaranya ialah:
Beliau ditanya tentang seorang lelaki yang mencela seorang sahabat Nabi shallallhu 'alaihi wa sallam maka beliau menjawab,
ما أراه على الإسلام
"Saya tidak memandang bahawa dia di atas (agama) Islam." [Diriwayatkan oleh Al-Khallal dalam As-Sunnah 1/493]
Beliau juga ditanya tentang pencela Abu Bakr, Umar, dan Aisyah maka beliau menjawab, "Saya tidak memandang bahawa dia di atas (agama) Islam." [Diriwayatkan oleh Al-Khallal dalam As-Sunnah 1/493]
Beliau ditanya pula tentang orang yang berjiran dengan (Syi'ah) Rafidhah yang memberi salam kepada orang itu. Beliau menjawab.
لا, وإذا سلم عليه لا يرد عليه
"Tidak (dijawab). Bila (orang Syiah) itu memberi salam kepada (orang) itu, janganlah dia menjawab (salam) tersebut. "[Diriwayatkan oleh Al-Khallal dalam As-Sunnah 1/494]

17. Imam Al-Bukhary, Muhammad bin Ismail rahimahulllh (W. 256 H)
Beliau berkata,
ما أبالي صليت خلف الجهمي والرافضي, أم صليت خلف اليهود والنصارى, ولا يسلم عليهم, ولا يعادون, ولا يناكحون, ولا يشهدون, ولا تؤكل ذبائحهم
"Saya tidak peduli. Baik Saya melaksanakan solat di belakang Jahmy dan Rafidhy mahupun Saya mengerjakan solat di belakang orang-orang Yahudi dan Nasrani, (ketidakbolehannya sama saja). (Seseorang) tidak boleh menjenguk mereka, mengahwini mereka, dan bersaksi untuk mereka. "[Khalq Af'al Al-'Ibad hal. 125]



18. Imam Abu Zur'ah Ar-Razy, Ubaidullah bin Abdil Karim rahimahulllh (W. 264 H)
Beliau berkata, "Apabila engkau melihat seorang lelaki yang merendahkan seorang sahabat Rasulullah shallallhu 'alaihi wa sallam, ketahuilah bahawa dia adalah zindiq. Hal itu kerana, di sisi Kami, Rasulullah shallallhu 'alaihi wa sallam adalah benar dan Al-Quran adalah benar. Sesungguhnya, penyampai Al-Qur `an ini dan hadis-hadis adalah para sahabat Rasulullah shallallhu 'alaihi wa sallam. Orang Syiah yang mencela sahabat) hanya ingin mempercacat saksi-saksi Kita untuk menghasilkan Al-Kitab dan Sunnah, Celaan terhadap (kaum pencela itu) adalah lebih pantas dan mereka adalah para zindiq. "[Diriwayatkan oleh Al-Khatib dalam Al-Kifayah hal. 49]

19. Imam Abu Hatim ar-Razy, Muhammad bin Idris rahimahulllh (W. 277 H)
Ibnu Abi Hatim bertanya kepada ayahnya, Abu Hatim, dan kepada Abu Zur'ah tentang mazhab dan aqidah Ahlus Sunnah maka Abu Hatim dan Abu Zur'ah menyebut pendapat yang disepakati oleh para ulama itu di pelbagai negeri. Di antara perkataan mereka berdua adalah bahawa kaum Jahmiyah adalah kafir, sedang kaum Rafidhah telah menolak keislaman. [Diriwayatkan oleh Al-Llak `iy dalam Syarh Ushul I'tiqad Ahlis Sunnah Wa Al-Jam'ah 1/178]

20. Imam Al-Hasan bin Ali bin Khalaf Al-Barbahary rahimahulllh (W. 329 H)
Beliau berkata,
واعلم أن الأهواء كلها ردية, تدعوا إلى السيف, وأردؤها وأكفرها الرافضة, والمعتزلة, والجهمية, فإنهم يريدون الناس على التعطيل والزندقة
"Ketahuilah bahawa seluruh pemikiran sesat adalah menghancurkan, mengajak kepada rampasan kuasa. Yang paling hancur dan paling kafir di antara mereka adalah kaum Rafidhah, Mu'tazilah, Jahmiyah. Sesungguhnya mereka menghendaki manusia untuk melakukan Ta'thil dan kezindiqan. "[Syarh As-Sunnah hal. 54]

[bersambung]

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
jumatmajid
Views
182
Last update

More entries in Others

More entries from jumatmajid

Top
Log in Register