BTC USD 55,219.5 Gold USD 1,782.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skybox - Kenapa kualiti gambar kurang menarik?

Memang 576i, tapi decoder akan upscale atau naik taraf gambar tu dari 576i (720x576) - ke setting output yang kita tetapkan pada skybox. Eg: 720p (1280x720) atau 1080i,p (1920x1080). Pada pendapat saya lah, upscaler untuk decoder skybox agak kurang berkualiti, sebab tu some user will report yang gambar diaorg dapat adalah tak berapa nk sharp dan clear - except untuk channel HD sebab upscaler tak payah buat keje apa pun, channel tu sendiri dah mempunyai resolusi yg sama seperti yg ditetapkan pada settings output skybox.

Salah satu solution untuk overcome masalah ni adalah better guna upscaler yg dah memang sedia ada dalam TV LCD/LED/Plasma korang. Upscaler ni kalau nak tau adalah cip processor yg digunakan TV tu, mcm Panasonic dipanggil Viera, Sony dipanggil Bravia dan mcm2 lagilah. Upscaler TV memang lebih baik dari skybox. Mcm saya just setkan output ke 576i pada skybox, dan saya biarkan tv saya yg upscale kan signal tersebut. Lagi satu, jangan stretchkan gambo channel SD tu.

Channel SD dah memang sejak azali sepatutnya ditonton dalam format gambar empat segi (4:3), tapi kebanyakkan penonton di M'sia yg mempunyai TV rata akan stretchkan atau kembangkan gambar tu bagi penuh skrin. Konon mcm "aku beli tv besar, buat apa tgk gambar empat segi" - Salah sebenarnya tu. Tak memasal la muka pelakon kat tv tu jadi kembang dan kalau tgk bola tu, dari bulat, menjadi bujur. Bagi saya, sangat tak sedap mata memandang. Empat segi, tonton dlm empat segi. Biar je ada ruang kosong hitam kat sebelah kiri dan kanan gambar (situasi ni dipanggil pillarbox)

Kalau nk banding dgn upscaler yg diguna pada dekoder ori asteruk beyong, sebenarnya upscaler tu lebih berkualiti dari yang build in Skybox. Kalau nk pakai sistem cgar1s, better pakai DM800 sebab upscaler yg tu boleh dikatakan paling berkualiti, dekoder beyong pun kalah - tapi org kata better pakai upscaler yang dari high end amplifier untuk home teater mcm brand Yamaha. Yg tu adalah yg terbaik. Tapi setakat channel SD, err... tak perlu kot. Rubbish in, Rubbish out je konsepnya. Hehe...


info yg berguna:)cgrock

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
SayaAndaKita®
Views
531
Last update

More entries in Others

More entries from SayaAndaKita®

Top
Log in Register