BTC USD 59,604.0 Gold USD 1,744.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skim latihan kemahiran menjahit untuk industri

Secara ringkasnya, objektif skim ni adalah untuk melahirkan pengendali mesin jahit mahir untuk industri. Pelatih dalam skim ini akan dilatih bagaimana untuk mengendali sebuah mesin jahit industri mengikut keperluan pengeluaran. Mereka akan dilatih kursus untuk mencapai standard kemahiran yg diperlukan oleh industri untuk menjahit pelbagai operasi menjahit dalam memasang pakaian yg lengkap dan pada masa yg sama mengekalkan keperluan kualiti dan produktiviti.

Di bawah skim ni, belia menganggur dan mereka yg sekurang2nya memiliki pendidikan sekolah rendah akan dilatih untuk menjadi penjahit berkemahiran tinggi dan bersedia untuk diambil bekerja oleh industri.Pelatih akan diberikan elaun bulanan sebanyak RM500 serta perlindungan insurans.

Ringkasan Program :

TEMPOH LATIHAN : 3 Bulan


PELUANG PEKERJAAN : Peluang pekerjaan adalah terjamin dan disediakan selepas latihan


PENGAMBILAN : September 2012


JENIS LATIHAN : Latihan bilik darjah dan bengkel


METHODOLOGI LATIHAN : Coaching and Hands-on/ Latihan


JUMLAH PELATIH : Maksima 20 org untuk 1 kelas


TEMPAT :pusat Latihan Batu Pahat, Pusat Latihan MATAC Satelit Kulai dan Pusat Latihan MATAC Satelit Melaka.


ELAUN BULANAN : RM500 sebulan


YURAN LATIHAN : Percuma (dibiayai oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad)

TEMPAT PENGINAPAN : MATAC tidak menyediakan kemudahan penginapan, namun kami membantu pelatih mencari/menempatkan pelatih di rumah sewa yg berdekatan dengan tempat latihan. Tempat berasingan antara pelatih lelaki dan perempuan. Sewa rumah setiap bulan hanya sekadar RM50-RM60 seorg. Pembayaran sewa boleh dibuat setelah pelatih menerima elaun bulanan mereka.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Regina (010-2075175) dari MATAC atau saya sendiri di talian 03-21621587

Fax : 03-21625148


Emel : [email protected]/ [email protected]
[/CENTER][/LEFT]

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
Matac
Views
736
Last update

More entries in Others

Top
Log in Register