BTC USD 46,508.5 Gold USD 1,846.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seorang Ibu Yang Mengharapkan Bantuan..

Artikel ni aku aku terbaca dalam paper utusan meroyan (Harian)arini 17 mei 2011. Ceritanya begini,Hanya memperkenalkan diri dengan nama Kak Ana,ditemui wartawan secara kebetulan semasa wartawan tersebut mengunjungi Rumah Kanak-kanak Tunku Budriah,Cheras. Wartawan ini terpandang Kak Ana di satu sudut di rumah kanak-kanak ini dalam keadaan resah. Bila diperhati,rupanya beliau menunggu 2 orang anaknya yang masih kecil dibawa oleh kakitangan rumah kanak2 (salah seorang daripadanya masih bayi) tersebut menemuinya.
Wartawan ini mendekati beliau dengan harapan untuk bertanya dengan lebih lanjut. Kak Ana tertunduk layu dan merenung anak2nya..dia berkata...dia terpaksa meninggalkan anak2nya dirumah perlindungan ini,hanya semata2 kesempitan hidup dan tiada tempat berteduh. demi keselamatan anak2nya yang tiada tempat tinggal...rumah perlindungan inilah harapannya. Beliau datang menjenguk anak2nya sebulan sekali untuk melepas rindu.
Malang sekali nasibnya..suaminya ditahan dipenjara selama 4 bulan kerana dadah dan memiliki motorsikal curi.Sejak itu,dia hilang tempat bergantung. Kak Ana mempunyai seorang ayah dikampung..dan yahnya sering kali bertanya dan menghubunginya untuk bertanya tentang anak-anak. Tetapi beliau terpaksa menipu ayahnya hanya semata-mata tidak mahu ayahnya yang uzur itu jatuh sakit bila mengetahui nasib cucunya dan apa yang terjadi pada suami dan rumahtangganya. Kak Ana menghadapi ujian ini sendirian.
Untuk menampung hidup,Kak Ana bekerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya,katanya lagi,beliau terpaksa menunggu hingga keadaan ekonominya pulih dan memiliki sebuah rumah sewa ,baru beliau mangambil anak2nya semula. Setiap malam beliau hanya mampu berendam air mata dan menanggung derita ,rindu dan juga pilu mengenangkan nasib anak2nya. Sebagai seorang ibu,mana mungkin beliau berjauhan dengan anaknya walau sekejap cuma.
Oleh itu,wahai rakan CG,jangan disalahtafsir kisah ini,saya sendiri apabila kisah beliau ini,airmata saya tumpah,keegoan saya sebagai lelaki juga gugur dan tewas bila mengenangkan nasib ibu ini. Kita semua adalah masyarakat yang prihatin,saya yakin warga CG dan rakan2 semua seperti saya. Saya tiba-tiba tergerak untuk membantu wanita ini...tetapi bagaimana?..ada tidak ada,saya tuliskan semula kisah ini disini,agar warga CG yang membaca kisah wanita ini,dan berkemampuan serta ingin menolong dan membantu ibu muda ini yang bernama Kak Ana dan anak-anaknya agar dapat berbuat demikian dengan menghubungi beliau di talian berikut : KAK ANA 012-2163409.
Semoga usaha saya dengan menyebarkan kisah ini dalam membantu Kak Ana dipermudahkan Allah swt. Para warga CG yang ingin mengetahui kisah lebih lanjut tentang wanita ini,boleh baca di akhbar Utusan Malaysia hari ini,Khamis 17 Mei 2012 di sisipan MEGA. Saya benar2 sedih dengan kisah ini dan bayangkanlah jika anda seorang ibu atau bapa..melihat anak2 beliau pastinya..anda akan merasa satu perasaan sedih yang tidak boleh digambarkan. kita warga prihatain kan...dan demi kemanusiaan ,bantulah wanita ini dan anak-anaknya. sekian.

Comments

Blog entry information

Author
ari
Views
969
Comments
1
Last update

More entries in Others

Top
Log in Register