BTC USD 60,556.8 Gold USD 1,735.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Senarai Hadith Sahih

Bismilah hi Rahman ni Rahim

1. Kezaliman Adalah Dosa Besar
Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka.

2. Hasad Dengki Adalah Haram
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, Jangan dengki-mendengki, jangan tawar-menawar untuk mengelirukan orang lain, jangan benci-membenci, jangan pulau-memulau dan jangan kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah bersaudara dengan orang Islam yang lain. Tidak boleh menzalimi, merendah-rendah dan menghinanya. Takwa adalah di sini, nabi mengisyarat tiga kali. Cukup seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam. Setiap orang Islam ke atas orang Islam diharamkan darahnya, haratanya dan maruahnya (hak kemuliaannya).

3. Orang Paling Sempurna Imannya
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik (pergaulan) dengan isterinya.

4. Si Pemurah dan Si Bakhil
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, Tidak berpagi-pagi seseorang itu melainkan turun kepadanya 2 malaikat lalu seorang daripada kedua-duanya dengan berkata, Ya Allah, berikan ganti kepada orang yang berbelanja, dan seorang lagi pula berdoa dengan katanya, Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil.

5. Bersederhana Dalam KehidupanDaripada Aishah RA katanya, Hamparan Rasulullah SAW diperbuat daripada kulit yang isinya urat-urat batang kurma.

6. Perbanyakkan Amalan Kebajikan Sebagai Bekalan di AkhiratDaripada Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda,Ya Allah tidak ada kehidupan yang kekal melainkan kehidupan akhirat.

7. Solat : Tiang AgamaDaripada Jabir RA katanya, sabda Rasulullah SAW, bandingan sembahyang lima waktu adalah seperti air sungai yang mengalir, melimpah ruah pada pintu rumah seseorang, yang dia mandi lima kali pada tiap-tiap hari.

8. Jauhkanlah Perbuatan SyirikDaripada Jabir RA katanya, seorang arab telah datang menemui Rasulullah SAW lalu bertanya, Wahai Rasulullah SAW lalu bertanya, Wahai Rasulullah apakah dua perkara yang mewajibkan? (menjadi penyebab utama kepada syurga atau neraka). Jawab Baginda, Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu nescaya dia akan masuk syurga dan sesiapa yang mati dengan keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu nescaya dia akan masuk neraka.

9. Syurga : Harta Benda Yang BerhargaDaripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW, Sesiapa yang takut bermalam di jalan hendaklah dia segera berjalan, sesiapa yang cepat berjalan akan cepat sampai ke rumah. Ketahuilah sesungguhnya harta benda itu mahal, ketahuilah sesungguhnya harta benda Allah itu ialah syurga.

10. Cukuplah Allah Tempat Kita Menyerah
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, sabdanya Rasulullah SAW , Bagaimanakah saya akan dapat bersenang-senang didunia sedangkan malaikat Israfil telah meletakkan sangkakala di mulutnya. Dia menunggu perintah (untuk meniupnya) apabila diperintahkan maka dia akan meniupnya. Berita itu adalah amat berat bagi para sahabat Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda, Hendaklah kamu berkata, Hasbunallahuwanimalwakil (cukuplah Allah tempat kita menyerah).

11. Keadaan Jenazah Ketika di Usung ke Kubur
Daripada Abu Said al-Khudri RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, Apabila jenazah diletakkan (di dalam keranda) dan ditanggung oleh orang-orang lelaki di bahu mereka, jika dia seorang yang soleh dia berkata, Cepatkan aku, Cepatkan aku. Jika dia tidak beramal soleh nescaya dia berkata, Alangkah malangnya aku, ke manakah kamu semua akan membawaku? semua makhluk mendengar suaranya melainkan manusia. Sekiranya didengar oleh manusia nescaya dia akan pengsan (kerana terperanjat dengan suara tersebut).

12. Kelebihan Solat Subuh
Daripada Jundab bin Abdillah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang mengerjakan sembahyang subuh nescaya dia berada di dalam lindungan Allah, oleh itu janganlah sampai Allah menuntut daripada kamu sesuatu daripada tanggungannya (zimmah) nescaya Dia (Allah) dapatkannya kemudian Dia (Allah) menyembamkan mukanya ke dalam api neraka.

13. Hendaklah Berfikiran Positif
Daripada Jabir bin Abdillah RA bahawasanya dia telah mendengar nabi SAW bersabda tiga hari sebelum baginda wafat, Janganlah mati seseorang daripada kamu melainkan hendaklah dia bersangka baik kepada Allah Azzawajalla.

14. Bersyukur Dengan Nikmat Yang Diberi
Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, lihatlah kepada orang yang lebih rendah tarafnya daripada kamu dan janganlah melihat kepada orang yang taraf lebih tinggi, dengan yang demikian kamu tidak akan merperkecilkan nikmat yang dikurniakan Allah kepadaku.

Lafaz hadis ini daripada muslim.
Di dalam riwayat al-Bukhari menyebut, apabila kamu melihat kepada orang yang dilebihkan Allah dari segi harta benda dan kejadian, maka hendaklah dia melihat kepada orang yang lebih rendah taraf daripadanya.

15. Wahai lelaki, lindungilah wanita
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut.

16. Menahan Marah Kekuatan Muslim Sejati
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah.

17. Tingginya Darjat Suami Disisi Isteri
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, Sekiranya boleh aku menyuruh seorang sujud kepada seorang nescaya akan aku suruh kaum wanita (isteri) supaya sujud kepada suami mereka.

18. Menyara Keluarga Lebih Afdhal
Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, Antara wang yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang engkau belanjakan untuk hamba sahaya, wang yang engkau sedekahkan kepada orang-orang miskin dan wang yang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu, maka pahala yang paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara kaum keluargamu.

19. Bakhil Meskipun Kaya
Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. "Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong). Berkata seorang laki-laki: Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus. Berkata Rasulullah s.a.w. Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain."

20. Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya.

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
Jutawan Melayu
Views
31
Last update

More entries in Others

Top
Log in Register