BTC USD 62,919.1 Gold USD 1,736.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selamat Tinggal 2013, Selamat Datang 2014.

salam.

harini adalah hari terakhir bagi tahun 2013.
hampir 5 tahun aku di carigold.
berbagai pengalaman yang telah kukutip.
berbagai ragam forumer yang telah kujumpa.
ada yang menjengkelkan ada yang mencuit hati.
semua itu lumrah.

sepertimana yang biasa kalian lihat, aku sudah terbiasa menggunakan pengganti diri aku-kau di cg.
sekadar untuk menimbulkan suasana seperti bercakap dengan kawan2.
maaf sekiranya ada yang membacanya, menganggap aku kasar.

aku juga sudah terbiasa dgn smiley ---> :))
maaf jika ada yang menganggap aku tidak serius.
maaf juga jika ada yg terasa seolah aku mentertawakan mereka.
tidak timbul niat untuk mentertawakan kalian.
aku hanya aku, membawa perwatakan ceria.
bagi sesiapa yang mengenali peribadi aku atau pernah ketemu denganku pasti dapat membaca ayat2 aku dengan nada dan intonasi yang betul.
bagi sesiapa yang tidak kenal tetapi seolah2 telah mengenal seluruh peribadi aku, aku tidak salahkan kalian kerana memberi persepsi buruk tentang aku.

aku juga sudah biasa menegur kawan2 lama di cg.
kadangkala melayan kegilaan mereka.
maaf jika ada yang tidak senang dengan caraku.
malah menganggap aku flirting, melayan lelaki.
aku tidak salahkan kalian.
kerana kalian tidak tahu hujung pangkal perbualan kami sesama kawan.

aku juga sudah biasa dilabel geng kepada sekelompok itu, sekelompok ini.
itu perkara biasa walaupun sebenarnya aku independent.
dan dikhianat oleh orang yang dilabelkan sebagai geng aku sendiri tu pun, itu perkara biasa.
namun dunia maya bukanlah segala-galanya bagi aku.
kehidupan realiti aku jauh lebih membahagiakan.

aku tidak menyalahkan kalian.
kerana kalian tidak mengenali aku.
aku sendiri bukan jenis yang kisah dengan kata2 dari orang yang tidak mengenali aku.
kadang2 juga aku fikir aku tidak perlu untuk menjelaskan siapa aku.
aku juga tidak boleh menghalang kalian daripada mempercayai kata2 orang yang tidak mengenali aku.
orang yang menilai aku dari persepsi mereka sendiri.
yang hanya mahu percaya mereka betul.
tak mengapa.
itu normal bila manusia cepat mempercayai kata2 orang.
hanya mereka yang mengganggap aku kawan, akan mencari aku untuk mendapatkan kebenaran.
i really appreciate that, friends.

aku tetap aku.
aku sentiasa cuba untuk memberi pandangan2 yang neutral tanpa memihak mana2 pihak.
kadangkala aku akan mengeluarkan ayat bernada sarkastik dengan tujuan bergurau.
hanya mereka yang faham akan faham.
maaf jika ada yang kurang faham lalu tersalah anggap.

positif.
ya, aku harus terus positif.
positifkan diri.
dan juga memandang orang lain dengan pandangan positif tanpa syak wasangka.
walaupun kadangkala ia memakan diri.
kerana ternyata memang terdapat manusia2 keji di dunia ini.
terdapat bermacam ragam manusia keji.
yang tidak jujur, tidak ikhlas, mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain, menangguk di air keruh dan sebagainya.
semua itu pengalaman dan pelajaran buat aku.

maka dengan itu, bersempena dengan 2014 yang bakal menjelma, aku mahu tutup buku lama dan buka lembaran baru.
lupakan segala yang tidak enak.
hidup ini bukanlah terlalu lama untuk aku mengingati hal2 yang tidak enak.
aku tidak tahu bagaimana jalan yang menanti di hadapan.
jadi aku harus terus positif.

di kesempatan ini, aku meminta maaf di atas segala ketidaksenangan kalian terhadap aku sekiranya ada.
aku sendiri akan memaafkan kalian yang ada berbuat salah kepada aku.
menyimpan dendam dan sukar memberi maaf adalah bukan sifat asal aku.
cuma kadangkala bila terdapat kesalahan yang benar2 sukar untuk dimaafkan, aku lambat untuk memberi maaf.
kerana ia memerlukan masa untuk aku melupakan peristiwa tersebut.
maafkan aku kerana ini.
walaubagaimanapun aku akan cuba terus membaiki diri.

selamat tinggal kawan2.
ini tidak bermakna kita putus kawan.
bagi kawan yang menganggap aku kawan, kalian masih boleh menghubungi aku di lain medium.
kalian tahu bagaimana untuk menghubungi aku.
walaubagaimanapun aku akan tetap menjenguk sekali sekala, mengemaskini apa yang perlu.

*sekadar catatan buat kawan2 di sini. yakni kawan2 yang bisa membaca catatan ini dengan nada dan intonasi yang sepatutnya.

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
eLLYaNa
Views
56
Last update

More entries in Others

More entries from eLLYaNa

  • Lambat Laun
    Lambat laun, Kebenaran pasti akan terserlah. Tidak mustahil jika...
  • Perfectionism.
    Perfectionist. Yes, I am a 70% perfectionist. I am self-oriented...
  • Hikmah Sebalik Kejadian.
    licik. permainannya kali ini sedikit berbeza. dia tahu bila dia patut...
  • Pso Log 7
    2014. dah sebulan berlalu. doktor muda dan cantik telah ditempatkan di...
  • Pso Log 6
    Januari 2014. selesai ambil injection. sakit dah tak macam mula2 dulu...
Top
Log in Register