BTC USD 95,776.2 Gold USD 2,700.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saat Susah Untuk Kita Memutus Sebuah Keputusan

Dalam rentasan hidup manusia, akan ada saat susah untuk kita memutus sebuah keputusan. Acap kali terngiang di minda apa kita mampu tempuhi ujian seberat ini?

Saat usia muda lagi bebanan itu terasa apabila melangkah ke alam baru. Hendak sambung bidang apa? Aliran apa? Ketika itu timbul persoalan yg sering bermain di usia kecil, hendak jadi apa besar nanti? Doktor, jurutera, pilot, askar, polis, cikgu, bomba?

Memasuki dunia IPT, mahu masuk universiti mana? Kos apa? Setelah selesai, ditanya pula, hendak ke mana selepas ini? Kerja atau sambung belajar atau bernikah?

Kemudian soalan ini akan bersambung tanpa diketahui bila penghujungnya. Begitulah kehidupan dunia yg penuh ujian dan perlumbaan. Ramai yg berjaya namun yg terkandas juga ramai.

Firman Allah SWT:

“Ketahuilah bahawa (yg dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yg berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yg melalaikan) serta perhiasan (yg mengurang), juga (bawaan hidup yg bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yg menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yg tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yg mengutamakan akhirat). (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yg terpedaya.” (Surah al-Hadid 20)

Imam Fakhr al-Din ar-Razi dalam kitab tafsirnya, Tafsir Mafatih al-Ghaib (29/462-464) berkata:

“Kehidupan di dunia ini ada hikmahnya dan ada benarnya. Ia adalah kerana Tuhan telah berfirman bahawa Dia lebih tahu apa yg manusia tidak mengetahuinya. Jika bukan ada hikmah dan ada kebenaranya nescaya Allah tidak akan berfirman sedemikian. Tuhan telah menciptakan hidup dan disebutkan pula bahawasanya Tuhan telah menciptakan mati dan hidup adalah kerana bagi menguji kamu siapakah di antara kamu yg lebih baik amalnya. Tuhan juga menegaskan bahawa tidaklah Dia menciptakan itu dengan sembarangan dan tidak tentu arah (‘abath), dan firman-Nya juga: “Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi dan apa yg ada di atas keduanya dengan sia-sia (batil).”

“Hidup itu adalah nikmat, bahkan ia adalah asal pokok daripada nikmat, dan hakikat segala sesuatu tidak berubah, baik tatkala di dunia apatah lagi di akhirat. Oleh kerana Allah SWT juga amat besar kurnia-Nya, oleh kerana menciptakan hidup itu, maka berfirmanlah Dia: Bagaimana kamu akan kafir kepada Allah, sedangkan kamu tadinya mati, kemudian itu dihidupkan. Maka yg terutama sekali dari pelbagai jenis nikmat itu ialah nikmat hidup itu sendiri.

Maka dari segala yg telah kita turunkan itu, dapatlah kita katakan bahawa kehidupan dunia ini tidak tercela. Melainkan dengan yg dimaksud dengan mencela hidup itu ialah jika hidup dipergunakan untuk mengikuti kehendak syaitan dan menuruti hawa nafsu. Itulah yg tercela. Hidup yg begitulah yang dijelaskan cacatnya oleh Tuhan. Pertama bahawa hidup yg begitu ialah la’ibun, ertinya main-main; itulah perbuatan kanak-kanak yg badannya letih, faedahnya tidak ada. Kedua adalah lahwun, yg bermaksud senda gurau; iaitu perbuatan anak-anak muda. Biasanya setelah selesai bergurau-gurau tidak ada kesannya melainkan penyesalan. Kerana orang-orang yg berakal merasakan sendiri bahawa setelah senda gurau itu selesai, kesan yg tinggal hanyalah menyesal, harta habis dan umur juga habis. Kepuasan berganti dengan kepenatan, sedangkan jiwa haus hendak mengulanginya kembali. Kemudian ternyatalah mudaratnya datang tidak putus-putus. Kemudian itu dikatakan pula bahawa dunia itu tidak lain hanya perhiasan (zinatun).”

Dipetik dengan izin dari FB Wan Abdul Rahman

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
TXT
Views
42
Last update

More entries in Others

More entries from TXT

Back
Top
Log in Register