BTC USD 55,710.3 Gold USD 1,778.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rimbun Tekad Realty Sdn Bhd - Amlife Ambank

Assalamualaikum, pakcik dah pergi dengar, pakcik dah kaji serba sedikit, sekadar nak kongsi sedikit, kalau ada yang terasa pakcik minta maaf, perkongsian ini ditujukan kepada pengguna, daripada seorang pengguna, tidak ditujukan kepada wakil penjual atau wakil kepada wakil penjual.

1. Ramai cakap, ini bukan investment, ini insurance, tapi tujuan utama diorg masuk bukan sebab nak insurance coverage tu, tapi sebab nak pulangan 4% tadi, wakil penjual x cerita langsung pasal insurance coverage, semua cerita pasal berapa duit korang boleh dapat, jadi, ini satu plan insurance atau satu plan pelaburan? betul?

2. Tanpa ambil kira berapa kamsen yg ajuwah dapat dari am insurance, yang pasti polisi holder (investor) tadi akan dapat pulangan (perkongsian kamsen) 120% dan tambahan 95% pulangan lepas kita sign AA (jual polisi) dengan ajuwah, jadi jumlah dapatan sebanyak 215%, iaitu keuntungan sebanyak 115% daripada bayaran polisi (pelaburan) tadi, betul? Jadi jumlah yang am insurance bayar kepada ajuwah pastinya lebih banyak dari tu, kalau tak cemana ajuwah nak bayar kepada polisi holder, dan wakil penjual mereka (sale service) betul?

- Berapa agaknya aminsurance bayar kepada ajuwah? 130%? 140%? 150%?

- Kalau am insurance mampu bayar balik sebanyak tu, berapa untung diorg sebenarnya? 140%? 150%? 160%?

- Kalau korang ada kemampuan untuk buat bisnes dan jana untung camtu punya banyak, nak ke korang bagi kat orang lain? Betul?


Terfikir? Fikirkan lagi? nak bagi ke? Just simple logic, Logik ke?

Paling pakcik bimbang, bila wakil penjual suruh pakcik buat loan! Max sampai 100k! :mad: kalau lingkup, dia nak bayar balik loan pakcik tu? Nagis sorang2 :(( betul?

Semua kisah pelaburan yang lingkup kat Malaysia ni, pada peringkat awalnya mmg nampak cantik dan indah, siap ada agreement dan kelulusan daripada orang kenamaan lagi, majlis pelancaran besar-besaran, bila lingkup, satu agreement pun x leh pakai, duit semua beku dalam akaun, satu orang kenamaan pun xde yang bayar kat mangsa. Pasti ada yang akan cakap, "hey! BNM dah soal siasat, x salah la" jawapan pakcik: "hey, jineva pun kena selidik dua kali tau!" itu yang dah buat majlis besar2 lagi pulak yang tertutup dan berahsia camni, tak rasa takut?

Kalau perlu, insyaAllah pakcik akan selidik lagi, dan kongsi disini.

Kalau ada yang niat nak hentam atau marah pakcik, baca ni;-
pakcik bukan orang insurance, pakcik bukan orang jual mana2 investment, pakcik jual emas pun suruh orang beli 1gm sebulan (bila nak kaya?) tapi pakcik ada kenal ramai kawan2 dan sedara mara yang poket sakit, mangsa investment scam, gaji abih bayar loan, pakcik juga ada kawan yang sangat berjaya dalam investment yang logik, seperti rumah, unit trust, perniagaan dll, kalau u ols join pakcik x untung, kalau korang x join pun pakcik x untung, sekadar berkongsi, sebab pakcik ambil berat.. Selamat beramal.

tq pakcik.. nice comment

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
alphaOne
Views
1,959
Last update

More entries in Others

More entries from alphaOne

Top
Log in Register