BTC USD 61,064.5 Gold USD 1,727.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rimbun Tekad Realty Sdn Bhd - Amlife Ambank

Salam, saya dah pergi sesi ngeteh dengan jackethitam,
Sesi penerangan yang bagus dan sempoi..banyak cara2 yang diajar.
Untuk session Ajuwah ini,
cuma saya nasihatkan kepada semua untuk check semula
adakah ia patuh syariah ataupun tidak..
setiap orang ada pendapat masing2 yang berbeza mengenai hal ini,

Bagi saya, saya dah dengar dan saya sudah jumpa ustaz,
saya bertanyakan hal ini,
dan saya membuat keputusan untuk tidak mengikuti program ini.
Mungkin pendapat ustaz yang saya rujuk berbeza dengan ustaz yang lain,
namun ini terserah kepada penilaian individu2 terbabit.

Point yang saya ingin highlight ialah pembelian polisi.
Dalam konsep yang saya faham melalui Ajuwah ini,
kita akan membeli satu polisi melalui Ajuwah drpd Amlife Insurance.
Dan pihak ajuwah akan share komisyen yang die dapat drpd Amlife denga kita
Mengikut ustaz yg saya rujuk, polisi ini bukan satu barang ataupun servis, yg boleh dijual beli,ia hanyalah terkandung dalam sekeping sijil.

Konsep islam ialah takaful, takaful pun tidak ada jual beli dalamnya,
ia hanyalah menggunakn konsep tolong-menolong, dimana jika kita
berjanji untuk saling tolong menolong, apabila kita ditimpa musibah,
kita akan dapat pertolongan drpd ahli2 yang yang turut sama berjanji
untuk bekerja sama.

Jadi apa yang saya faham ialah, tidak dibolehkan jual beli dalam
polisi insurance kerana ianya tidak jelas. Ia bukan satu barang seperti
kereta ataupun satu servis seperti servis membasuh kereta. Ia hanya
terkandung dalam sekeping kertas. Jadi menurut ustaz yang saya
tanya ianya tidak dibolehkan. Wallahua'lam. Mungkin pendapat ini salah,
jika salah harap dpt ditegur.

Saya cadangkan agar anda pergi dahulu sesi ngeteh dan buat penilaian
selepas daripada itu samada bertanya orang yang lebih arif ataupun
dengan cara lain. InsyaAllah jika kita menjaga hak Allah, Allah
akan menjaga hak kita :)

cilok sikit..

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
alphaOne
Views
874
Last update

More entries in Others

More entries from alphaOne

Top
Log in Register