BTC USD 55,329.0 Gold USD 1,778.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rahsia Surah Al-Fatihah Yang Perlu Kita Amalkan

Rahsia Surah Al-Fatihah Yang Perlu Kita Amalkan


Al-Fatihah+2.jpg


Al-Fatihah.jpg




Baca dan ketahuilah Rahsia Surah Al-Fatihah ini. Amalkanlah ilmu yang kita dapat. In sya Allah.


1. Untuk membuatkan seseorang (saudara-mara/ pasangan/ anak-anak) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
  • Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.


2. Untuk mengubati penyakit kritikal:
  • Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
  • Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.


3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
  • Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
  • Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari berterusan.


4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
  • Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
  • Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.


5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.


6. Untuk merawat luka kecil (luka terkena pisau, luka sengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dll)
  • Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
  • Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian langit-langit dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.


Semua cara yang diterangkan di atas, IN SYA ALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:
  • Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
  • Baca dengan penuh khusyuk dan Tawadhu
  • Tawakal sepenuhnya pada Allah
  • Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja


Mintalah dengan niat yang baik. In sya Allah akan makbul permintaan anda.


Wallahualam.


Sumber ilmu :
Dr. Fatma Az-Zahra & Blog Ammar​








tq berkongsi

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
SayaAndaKita®
Views
704
Last update

More entries in Others

More entries from SayaAndaKita®

Top
Log in Register