BTC USD 59,598.8 Gold USD 1,744.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rahsia meng'ayat' Pembeli/ Customer untuk dikongsi. Ayat SuperB.

Sekadar perkongsian untuk sahabat-sahabat CG yang aktif berniaga. Di bawah ini saya kongsikan sedikit info teknik mengayat pelanggan yang pernah saya amalkan samada offline atau online. Dan paling mengujakan ia sebenarnya dapat meningkatkan jualan kita hampir 30% - 70% setiap hari dan menambah jumlah pelanggan yang setia dengan kita.
Kalau tuan dan puan mempunyai idea, untuk reka ayat, teknik, boleh sambung lagi. InsyaAllah, kita hanya kongsi satu, tapi kita akan dapat lebih dari Allah.

1. Pastikan kita cerita manfaat/ kelebihan/ kebaikan produk. Jangan cerita harga atau ciri produk itu semata-mata.
Contoh: ubat ini diperbuat dari daun xxx yang diambil dari gunung everest. Ada pelanggan kesah? Sebaiknya gabung-jalinkan kedua-duanya.

Cipta kelebihan produk tersebut yang boleh membantu menyelesaikan masalah pelanggan.

Contoh ayat servis; kini tuan boleh mendapatkan cetakan flyers terbaik dan berkualiti penuh warna warni pada harga rendah tanpa perlu pergi ke kedai cetakan.

2. Ayat ringkas, jelas, dan membantu. kalau boleh ayat tersebut detail tentang manfaatnya.

Produk x membantu anda mencegah penyakit a, penyakit b dan penyakit c

Sebaiknya: Selepas menggunakan produk x, pengguna tidak lagi menghadapi mual ditengah malam (penyakit a) perut yang sentiasa berangin (penyakit b) dan kegatalan yang tiada henti (penyakit c)

3. Buat ayat yang pelanggan tak senang duduk selepas membacanya. Ia juga dikenali sebagai Sense Of Urgency. Boleh buka thread jualan yang pernah saya buat.

Contoh:
a) Produk ini terhad untuk 10 orang sahaja
b) Harga produk ini akan naik selepas 10 jun 2013
c) Harga diskaun cetak banner akan berakhir pada jam 11 malam ini. Tempahan selepas ini akan menggunakan kadar harga seperti biasa.

4. Perkataan serendah. Wah perkataan ini yang terbanyak saya gunakan terutamanya pada servis-servis mahal. Mahal tapi murah. Macam mana tu?

Contoh untuk cetak 1000 flyer, harganya ialah RM120 (dah termurah dah sebenarnya ni). Kita tulis, cetak flyer serendah RM0.12sen sekeping.

5. Jangan sesekali lupa tulis Terima Kasih setiap kali membalas emel, sms, call pelanggan. Ia akan benar-benar menusuk ke hati pelanggan untuk setia bersama kita. Pengalaman saya, ucapan tersebut mebuatkan pelanggan tak henti-henti nak bersms dan juga ingin menjalinkan hubungan manja dengan saya. Oh!

6. Jangan amalkan tulisan short form. Pelanggan yang tidak sebulu dengan tulisan kita akan meninggalkan kita sejurus selesai membaca tulisan kita yang entah apa-apa tu buat kali pertama. tak profesional.

7. Pastikan panggilan kita terhadap pelanggan adalah tepat dan betul. Yang terbaik adalah dengan menggunakan ganti nama Tuan atau Puan. Sebab kita pun tak tahu apa status pelanggan kita. Paling tidak penggilan tersebut membuatkan pelanggan rasa dihargai dan berminat dengan produk dan servis kita. Anda rasa nama KIPAS tu lelaki ke perempuan? Anak kecil atau lelaki 40an? Menteri atau rakyat jelata?

8. Teknik iklan online, samada FB atau forum.

+ Gunakan decor ayat yang menarik. Antaranya:

===========================================================
Terhad untuk 10 orang yang ingin berwajah sepeti Dato Siti
===========================================================


Atau pergi saja ke fbsymbols.com

+ Gambar, ayat yang santai tapi berkaitan dengan produk atau servis kita
Suami menyampah isteri longgar Menggelikan hati, namun cukup untuk orang klik untuk tahu maklumat lanjut.

InsyaAllah, kalau rajin saya update, ok!

Jom kongsi sama-sama kat sini.

good sharing

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
SayaAndaKita®
Views
1,373
Last update

More entries in Others

More entries from SayaAndaKita®

Top
Log in Register