BTC USD 59,598.8 Gold USD 1,744.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pso Log 3

radang.
sungguh, aku tidak selesa dengan keadaan ini.
tidak terkira rambut yang berguguran.
aku perlu mulakan semula treatment yang mana aku tidak gemar kerana tubuh aku merasa tidak selesa.

melihatkan keadaan yang tidak bagus ini, secara tak langsung ia mengganggu emosi.
dan seharusnya dalam ketidakstabilan emosi ini aku perlu mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh memburukkan keadaan.
aku juga sedar aku tidak patut berhubung dengan kau, dalam keadaan kecelaruan emosi.
tapi aku tak biasa bila sehari tak berhubungan dengan kau.
seolah-olah tidak lengkap hariku.
rasa bersalah membuatkan kau tertunggu-tunggu khabar dariku.

maka terjadilah perpisahan - angkara kata2 berlandaskan emosi, bertuntaskan cemburu.
ya, kini aku sudah pandai untuk cemburu.
aku tidak pasti samada itu satu perubahan baik atu tidak.
tapi mungkin inilah jalan yang terbaik untuk kita.

maafkan aku.
sepertimana kau tidak mahu melihat aku sengsara jika hidup denganmu, aku juga tidak mahu lihat kau susah hati dengan keadaan aku.
tahukah kau, acapkali kau risaukan kesihatan aku, aku merasa bersalah?
aku tidak mahu sekiranya nanti aku menjadi beban untuk kau, di masa hadapan kelak.
kau sudah punya masalah, aku tidak mahu menambahnya.
jika aku tak dapat membantu meringankan masalah kau, usahlah aku menjadi beban pula.

kadangkala cinta itu sememangnya tidak harus memiliki.
pergilah kau terbang bebas.
andai ada jodoh kita, kita akan bertemu semula.

*sekadar luahan hati*










Comments

jiwang siot....
anak sapa ni???
jiwang tak hingat.......
perhhhhhhhhh....
boleh buat tido termimpi mimpi....
 
zuhair;bt26836 said:
jiwang siot....
anak sapa ni???
jiwang tak hingat.......
perhhhhhhhhh....
boleh buat tido termimpi mimpi....

kehkehkeh. hampeh pacik. da tade keje sgt la tu dok kacau org.
 
eLLYaNa;bt26839 said:
kehkehkeh. hampeh pacik. da tade keje sgt la tu dok kacau org.

ehhhhhh keja ada...
tapi MALAS....
hahahahah aku nya suka la.....
jiwang la sangat.....
 

Blog entry information

Author
eLLYaNa
Views
179
Comments
7
Last update

More entries in Others

More entries from eLLYaNa

  • Lambat Laun
    Lambat laun, Kebenaran pasti akan terserlah. Tidak mustahil jika...
  • Perfectionism.
    Perfectionist. Yes, I am a 70% perfectionist. I am self-oriented...
  • Hikmah Sebalik Kejadian.
    licik. permainannya kali ini sedikit berbeza. dia tahu bila dia patut...
  • Pso Log 7
    2014. dah sebulan berlalu. doktor muda dan cantik telah ditempatkan di...
  • Pso Log 6
    Januari 2014. selesai ambil injection. sakit dah tak macam mula2 dulu...
Top
Log in Register