BTC USD 62,795.8 Gold USD 1,736.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Petua rumahtangga

PETUA KEHIDUPAN SEHARIAN BERUMAHTANGGA

Terlebih Garam
Jika sup anda menjadi masin akibat garam yang berlebihan, cuba masukkan beberapa keping kentang ke dalam masakan anda itu selama beberapa minit.Kentang dipercayai dapat menyerap garam yang berlebihan. Anda juga boleh mengeluarkan kentang tersebut sebelum menghidangkan sup atau biarkan sahaja ia di dalamnya.

Elak angin
Jintan putih kerap digunakan sebagai perisa masakan. Tetapi, tahukah anda jintan putih itu juga dipercayai dapat membantu memperbaiki penghadaman dan mengelakkan angin di dalam perut?Ayuhlah nikmati hidangan dengan ramuan jintan putih atau minumlah teh jintan putih. Anda boleh menyediakan teh ini dengan didihkan secawan air bersama sesudu besar jintan putih.

Baki minyak wangi
Sekiranya anda enggan menggunakan lagi koleksi minyak wangi yang ada, anda boleh menggunakan ia untuk membersihkan bal lampu di kediaman anda.Bubuh sedikit minyak wangi pada kapas sebelum mengelap ia pada bal lampu. Anda akan mendapati seluruh ruang rumah bakal berbau harum apabila lampu dihidupkan.

Jika tumpul
Untuk menajamkan gunting yang telah tumpul, anda boleh melapiskan ia dengan tiga keping kertas aluminium sebelum memotongnya dengan gunting.

Pelega ruam panas
Kulit terasa gatal dan kadangkala pedih apabila terdedah di bawah terik matahari?Atau, anda mungkin mengalami ruam panas diiringi benjol-benjol kecil yang timbul pada permukaan kulit?Untuk membantu melegakan masalah ruam panas itu, anda boleh menggosok permukaan kulit yang terjejas dengan bahagian dalaman kulit tembikai.Atau, sediakan sahaja bedak halus dengan membakar setengah cawan tepung gandum biasa di dalam ketuhar sehingga ia berwarna kekuningan. Kemudian, sapukan kulit dengan tepung tersebut.

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
intim4ever
Views
16
Last update

More entries in Others

More entries from intim4ever

Top
Log in Register