BTC USD 62,812.1 Gold USD 1,736.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Permulaan

Hmmm...Lusa nanti dah masuk 2014. Ini bermakna aku dah join forum ni hampir lebih dari 7 tahun. Nampak tak.? 7 tahun. Kalau ada anak, mesti anak tu dah masuk darjah 1.

Selama 7 tahun ni, apa yang aku dapat di forum nie. Banyak sebenarnya. Walaupun aku tak aktif berforum, memberi komen, buka threads, tapi percaya tak kalau aku cakap aku buka forum CG nie setiap hari. Setiap hari tu... dalam dua atau tiga jam. Kadang-kadang pagi, petang atau malam.

Insurans, line CELCOM, MAXIS aku dapat dari seller di CG. Macam-macam barang. Fizikal, Vitual semua aku dapat dari sini. Alhamdullilah, buat masa ini semua urusniaga berjalan lancar kecuali ada 2 urusniaga SIM Card yang gagal. Hahaha... padan muka aku.

Untuk tahun 2014 ini, aku mula belajar untuk berjinak-jinak di dalam perniagaan online. Aku hanya mampu berusaha, namun Allah yang akan menentukan takdir aku. Kini Aku membantu isteriku untuk mempromosikan perniagaan beliau. Semua aku berjaya.

cropped-Header1.png


Aku suka mutiara kata berikut.

Kebanyakan diantara manusia menilai mulia dan hinanya seseorang diukur dari jumlah harta yang dimiliki. Maka jika ada seseorang yang melimpah hartanya semua orang menganggap mulia darjatnya, dan sebaliknya jika ada sebahagian orang yang kurang beruntung dalam hartanya, orang sering menganggap mereka hina dan rendah darjatnya. Hal Ini sangat jelas tercermin dalam pergaulan sehari-hari, sehingga setiap orang berlumba-lumba untuk mencari harta dan kekayaan. Tak peduli harta yang didapat adalah hasil dari perbuatan yang tidak terpuji.

Walau apa-apa terjadi sekali pun CG tetap ROCKS!!!

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
johnrozz
Views
17
Last update

More entries in Others

Top
Log in Register