BTC USD 24,291.5 Gold USD 1,803.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Ada tak dekat forum ni yang mendapat surat untuk menduduki peperiksaan online Latihan Separa Perubatan. Jika ada meh kita kongsi-kongsi sikit pasal ni.

Untuk pengetahuan semua, Latihan Separa Perubatan menpunyai 13 bidang latihan, 10 jawatan untuk latihan bertaraf diploma dan 3 jawatan lagi latihan bertaraf sijil. Jka lulus semuanya bakal berkhidmat dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di dalam jawatan masing-masing.

Pengambilan Latihan Separa Perubatan dibuat 2 kali setahun. Antara bidang perubatan yang boleh dipilih oleh setiap pelatih adalah seperti berikut :-


Latihan Separa Perubatan bertaraf diploma.

Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
Latihan Jururawat
Latihan Jururawat Pergigian
Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
Latihan Juruteknologi Pergigian
Latihan Juru X-Ray
Latihan Penolong Pegawai Farmasi
Latihan Penolong Pegawai Perubatan


Latihan Separa Perubatan taraf sijil.

Latihan Jururawat Masyarakat
Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Latihan Pembantu Kesihatan Awam


Bukan mudah juga untuk menjadi pelatih separa perubatan ini, setiap calon perlu menduduki peperiksaan online latihan separa perubatan, jika lulus calon akan dipanggil pula untuk ditemuduga.

Persediaan yang lengkap perlu dibuat oleh setiap calon agar peluang untuk berkerja dalam sektor awam tidak dilepaskan begitu sahaja. Jadi jangan buat sambil lewa. Buatlah sesungguh hati, kerana ini mungkin bakal menjadi kerjaya untuk masa hadapan anda nanti.

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
edy1405
Views
2,697
Last update

More entries in Others

More entries from edy1405

Top
Log in Register