USD MYR 4.13700 BTC MYR 249,711 Gold MYR 7,200.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyanyi 1990an, Nouri Ramli Bersama Anak Ditahan Disyaki Bunuh Suami

Penyanyi Wanita Belasah Suami Hingga Mati,Nouri Ramli?

Artis bunuh suami??? Biar Betik!!!

nouri.jpg


Nouri+Ramli.jpg


nouri.jpg

Seorang penyanyi wanita sanggup membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat.

Menurutnya, mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan, katanya.

Menurutnya, polis merakamkan percakapan suspek dan kes dijangka dibawa ke pendakwaan pada masa terdekat

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
kedai-lelaki
Views
2,412
Last update

More entries in Others

More entries from kedai-lelaki

Top
Log in Register