BTC USD 24,300.5 Gold USD 1,803.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyakit Influenza

IMG_20220627_232130_239.jpg

Perlukah saya risau dengan peningkatan kejadian Jangkitan Influenza di Malaysia❓

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti:
🧒🏻 kanak-kanak
👴🏻 warga tua
🤰🏻wanita mengandung
💊mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain.

Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.

Sehubungan itu, orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya adalah amat digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.

Comments

IMG_20220627_232255_934.jpg

😷 Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin.

Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

📢 Oleh itu, sekiranya anda mempunyai gejala jangkitan influenza, anda dinasihatkan untuk mengamalkan perkara-perkara seperti dikongsikan.

✔️Jaga kebersihan dan elakkan berkunjung ke tempat awam.
 
IMG_20220627_232413_263.jpg

📢 Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan.

✅ Langkah-langkah pencegahan penyakit inluenza yang boleh diamalkan adalah seperti dikongsikan.

Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya juga digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.
 

Blog entry information

Author
TXT
Views
49
Comments
2
Last update

More entries in Others

More entries from TXT

Top
Log in Register