BTC USD 17,226.4 Gold USD 1,790.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyakit ALBINO

FB_IMG_1664524273669.jpg

Terbaca perkongsian satu portal mengenai kisah anak albino. Ada yang komen , “family kami tak ada keturunan ini, tiba tiba keluar anak orang putih”

Sebenarnya, albino adalah penyakit KETURUNAN dari genetik resesif (lemah) dari kedua ibu bapa. Maksudnya, kedua ibu bapa ada bawa genetik ini tanpa diketahui.

Ia menyebabkan mutasi pada genetik yang menghasilkan melanin (warna) pada kulit, rambut dan anak mata. Sebab itu warna kulit pesakit cerah dan berambut perang.

Memang cantik dan comel, cuma pesakit ada masalah tidak tahan jika terdedah kepada cahaya matahari terik untuk tempoh yang lama. Kulit mudah sunburn. Pesakit juga mungkin ada komplikasi mata seperti rabun dan silau.

Selain dari masalah itu, pesakit boleh hidup seperti orang biasa termasuk berumah tangga. fungsi otak langsung tidak terjejas dan mereka ada jangka hayat yang sama seperti orang lain.

Di sesetengah negera yang ada kepercayaan syikin, pesakit ada isu stigma. Antara kepercayaan sesetengah masyarakat

- Albino penyakit berjangkit
- Ia adalah akibat hukuman dosa
- Darah albino menyembuhkan penyakit
- Albino berkait dengan sihir

Namun di Malaysia, pesakit albino di terima baik & disayangi kerana kelihatan seperti Mat Salleh dengan kulit putih dan berambut perang.

PHM

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
TXT
Views
44
Last update

More entries in Others

More entries from TXT

Top
Log in Register