BTC USD 63,033.3 Gold USD 1,746.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penuhi amalan kita sebelum KERTAS TERAKHIR kita dikeluarkan.

mrru.jpg


Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? Surah Al-Anam ayat 32.

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). Surah Al-Ankabut ayat 64.

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). Surah Muhammad ayat 36.
terima kasih

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
SayaAndaKita®
Views
615
Last update

More entries in Others

More entries from SayaAndaKita®

Top
Log in Register