BTC USD 118,542 Gold USD 3,350.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM
Screenshot_3.png



Pengenalan

Bagi pedagang yang kurang berpengalaman, mendengar istilah pembetulan harga Fibonacci boleh membingungkan dan menakutkan, tetapi jangan bimbang, ia sebenarnya tidak begitu rumit atau membingungkan seperti yang anda fikirkan. Dalam eBuku ini kami akan menghuraikan konsep Fibonacci dengan cara yang mudah difahami. Kami akan menerangkan dalam bahasa yang mudah tentang Fibonacci dan penggunaannya dalam dagangan praktikal untuk merangka data pasaran dan menggunakannya untuk mendapatkan keuntungan dalam pasaran.

1. Fibonacci: Pengasas, Mitos, Lagenda

Sebelum kita mempelajari asas penggunaan Fibonacci dalam dagangan, sebaiknya kita pelajari sejarah dan latar belakangnya secara ringkas. Leonardo de Pisano dilahirkan di Itali sekitar tahun 1170, ayahnya Guglielmo Bonacci (nama Fibonacci, secara harfiahnya bermaksud anak lelaki ‘Fi’ Bonacci) adalah konsul Pisan di sebuah pelabuhan Mediterranean bernama Bugia, yang sekarang disebut Bejaia, di Algeria. Leonardo belajar Matematik di Bugia dengan seorang guru Arab dan merantau ke Syria, Yunani dan Mesir yang membolehkan dia memperoleh pengetahuan yang luas mengenai sistem numerik dan kalkulus

Screenshot_4.png



5. Teori Tahap 50%

Perlu diambil perhatian bahawa tahap 50% tidak mempunyai kepentingan Fibonacci yang spesifik, namun, para pedagang memperhatikan tahap ini kerana ia mewakili titik pertengahan untuk sebarang pembetulan harga, dengan selama bertahuntahun ini para pedagang menyedari bahawa harga mempunyai kecenderungan untuk bertindak balas apabila harga menyusut semula separuh daripada ayunan sebelumnya. Sekarang kita telah mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang nombor Fibonacci dan cara memperoleh tahap pembetulan harga dengan mengekstrak nisbah daripada jujukan Fibonacci, mari kita mulai praktikan dan tentukan cara kita menggunakan nisbah ini dalam dagangan. Walaupun analisis Fibonacci adalah kaedah yang digunakan secara meluas dan sangat dihormati oleh penganalisis teknikal yang berpengalaman, ia tidak boleh dianggap sebagai “tongkat ajaib” yang secara ajaib akan membuka rahsia carta harga anda dan membolehkan anda membuat banyak keuntungan dalam pasaran dalam masa singkat. Analisis Fibonacci harus dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada alat dagangan anda yang membantu memberi kelebihan dalam pasaran apabila anda menggunakannya dengan betul. Pada halaman yang akan datang kami akan menunjukkan cara pembetulan harga Fibonacci dapat membantu anda menyerlahkan kemungkinan tinggi ada tahap sokong dan tahap rintang, yang seterusnya dapat digunakan untuk memasuki dagangan dan juga membantu untuk mengenal pasti sasaran keuntungan.

6. Pembetulan Harga (Retracement) Fibonacci

Pada bahagian pertama, kita telah mempelajari tentang tahap pembetulan harga yang paling biasa digunakan (23.6%, 38.2%, 50%, 61.8% & 78.6%). Sekarang mari kita lihat cara praktikal melukis tahap-tahap utama ini pada carta kita. Seperti yang anda ketahui atau anda pasti akan pelajari, pasaran sangat jarang bergerak dalam garis lurus; kebiasaannya, harga bergerak pada satu arah dan kemudian berundur sama ada untuk membetulkan arah aliran atau berbalik arah untuk memulakan aliran baharu. Pembetulan harga Fibonacci sangat membantu pedagang untuk mencari petunjuk apabila pembetulan harga berakhir dan arah aliran dominan boleh kembali. Untuk melukis pembetulan harga Fibonacci pada carta, pertama, kita mesti mengenal pasti ayunan tinggi dan ayunan rendah yang ketara, atau sebaliknya.

7. Menggunakan Alat Pembetulan Harga Fibonacci

Pada carta di bawah anda dapat melihat bahawa kita mempunyai ayunan tinggi dan ayunan rendah ditunjukkan oleh anak panah biru; setelah ini dikenal pasti, anda seterusnya memilih alat Fibonacci daripada perisian carta anda. Alat Fibonacci merupakan tawaran standard pada hampir semua pakej carta biasa, seperti MT4 dan mempunyai tahap pembetulan harga yang paling biasa yang telah ditetapkan sebagai lalai. Pakej carta yang saya gunakan adalah TradingView.

qip-shot-screen-1489-png.294459


11. 50% Masuk, 78.6% Henti & Keluar pada 0%

Oleh itu, dari perspektif dagangan kita akan membuka kedudukan apabila harga mencecah suatu tahap, iaitu kita akan membuka satu kedudukan pada tahap 50% dan kedudukan kedua dibuka jika harga mencecah pembetulan harga pada tahap 61.8% dengan arahan henti di bawah tahap 78.6%, mengeluarkan dagangan kita pada ulang uji ayunan tinggi atau ayunan rendah sebelumnya. Mari lihat contoh untuk dagangan jual: Jadi, dalam contoh ini, hanya pesanan pada tahap pembetulan harga 50% yang dicetuskan, tindakan harga kemudian mengalami konsolidasi sebelum meneruskan aliran menurun dan bergerak ke objektif keuntungan kita, membolehkan kita keluar dari pasaran dengan keuntungan sebanyak 193 pip.

QIP Shot - Screen 1490.png


14. Fibonacci dan Purata Bergerak

Kaedah lain untuk mencari sediaan dagangan yang baik adalah mencari konfluen antara tahap pembetulan harga Fibonacci dan purata bergerak. Apakah itu purata bergerak? Tempoh masa paling kerap ialah 50, 100 dan 200 tempoh masa ke belakang. Apabila pembentukan aliran dilambangkan oleh harga secara konsisten berada di atas atau di bawah salah satu purata bergerak dan harga berubah kembali untuk ulang uji purata bergerak, ada kemungkinan harga akan membentuk garis sokong pada tahap itu. Sekiranya anda dapat menghubungkan tahap ini dengan pembetulan harga Fibonacci, anda mempunyai titik kemasukan yang berpotensi besar ke dalam aliran yang muncul atau yang telah mantap seperti yang anda lihat dalam carta di bawah Seperti yang anda lihat, harga menembus ke atas purata bergerak tempoh masa-50 yang menunjukkan potensi untuk fasa baharu pembentukan aliran, harga kemudian merosot kembali untuk mengulang uji purata bergerak tempoh masa-50 sebagai garis sokong. Sebaik sahaja kita melihat ayunan rendah sebelum melepasi purata bergerak dan kemudiannya ayunan tinggi, kita boleh melukis tahap pembetulan harga Fibonacci kita dalam hal ini tahap 50% bertepatan dengan purata bergerak dan harga menyentuh tahap 50% tepat pada pip sebelum melonjak ke arah menaik, dalam arah aliran menaik yang diperpanjang.

QIP Shot - Screen 1491.png


Buku penuh https://tinify.ir/TNduDB


Anda boleh menguji perdagangan anda dengan menggunakan strategi perdagangan Fibonacci melalui akaun Selamat Datang $30. Sekiranya anda memperoleh $30- $100, anda boleh mengeluarkan keuntungan ini. Untuk mendaftar dengan akaun Selamat Datang dan untuk berdagang sila layari laman web kami www.tickmill.com.

DAFTAR SEKARANG!

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
Tickmill
Views
602
Last update

More entries in Forex Broker

More entries from Tickmill

Back
Top
Log in Register