BTC USD 55,413.4 Gold USD 1,784.15
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penawar gout secara semulajadi

BERHATI-HATI AMBIL HERBA & URUT AKIBAT GOUT

Terdapat ramai pesakit gout, khasnya mereka yang mendapat serangan gout buat kali pertama, mereka lebih cenderung untuk menganggap bahawa sakit kat tapak kaki itu adalah akibat daripada seliuh atau urat yang tenggang. Maka, mereka akan mengunjung pusat urut tradional untuk mendapatkan urutan tradisional. Malangnya, semakin mereka urut kaki itu, semakin sakit pula tempat terjangkit itu.

Jangan URUT! Urutan tradisional TIDAK boleh dianggap sebagai penawar gout. Gout adalah berpunca daripada asid urik yang terbentuk di dalam cecair sinovial dalam sendi atau kristal halus yang terbentuk berdekatan dengan urat atau otot utama. Urutan cuma akan memicit kristal asid ke tempat lain dan merangsangkan serangan imunasi yang lebih kuat. Jangan urut! Penawar gout yang paling berkesan adalah dengan meneutralkan asid urik lebihan yang menyebabkan pembentukan kristal-kristal tersebut.

Anda juga dinasihat supaya jangan mencuba penawar gout jenis herba sesuka hati. Kebanyakan herba yang dikatakan boleh dijadikan sebagai penawar gout adalah jenis diuretik yang menyebabkan seseorang itu kuat kencing. Penyingkiran asid urik dalam darah melalui air kencing merupakan satu cara penyelesaian yang sementara, penawar gout yang sebenar adalah pengambilan air alkali ionik yang boleh meneutralkan asid urik lebihan di dalam badan itu.

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
kedai-lelaki
Views
2,886
Last update

More entries in Others

More entries from kedai-lelaki

Top
Log in Register