BTC USD 55,413.4 Gold USD 1,784.15
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pahlawan Islam Yang Bersayap.

Kisah Lelaki Bersayap

thCA3IPW6Y_zps39cad313.jpg

sekadar gambar hiasan

Kisah Lelaki Bersayap


Kisah ini berlaku di Ketika Perang Mu'tah.
Perang Mu'tah (Bahasa Arab: معركة مؤتة , غزوة مؤتة‎) berlaku pada sekitar tahun 629M ketika di akhir kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. Ketika ini baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom Byzantine seramai 100,000 orang tentera. Perang ini Berlaku di Karak,Jordan.

Tujuan baginda menghantar tentera Islam kerana sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom.
~~~~~

Kisah Lelaki BerSayap

Zaid bin Harithah yang merupakan ketua panglima juga sebagai pembawa panji Islam gugur Syahid akibat kesan tusukan panah...Saat Panji Islam gugur ke bumi ia segera disambar oleh Ja'afar bin Abi Thalib dengan tgn kirinya...
Ja'afar terus mengibarkan Panji Islam penuh gagah dengan tangan Kiri manakala tgn kanan menghayun pedang melindungi diri dan Panji Islam..
Kibaran penuh bersemangat menaikan kembali keyakinan dan semangat Tentera Islam yg sebentar td kendur kerana asakan hebat tentera ROM,namun tindakan penuh kberanian beliau juga menarik perhatian tentera ROM yg menjadikan beliau sbg sasaran utama.. ,Namun Ja'afar tidak gentar dan terus mengibarkan panji kebanggaan Daulah Islamiyah..
Sehingga apabila lengan bawah tangan kiri beliau putus dipancung, beliau terus menekan kedada panji Islam dgn lengan kiri bahagian atas lalu apabila kedua2 lenganya Putus Jaafar terus mengibarkan Panji Islam dengan baki lengan yang ada...Beliau dikelilingi Tentera Rom dan amat sukar bg pejuang Islam menghampiriya...Pejuang Islam lain hny mampu mengalirkan air mata melihatkan keberanian Sahabat yang bernama Ja'afar bin Abi Thalib ini...:((
Akhirnya Ja'afar gugur setelah ditusuk dengan 13 anak panah dan 6tikaman pedang..panji yg gugur itu dirampas oleh Abdullah ibn Rawahah yg kemudianya gugur Syahid tidak lama kemudian..Panji Kemuliaan ini akhirnya dikibarkan oleh Khaled Al Waled yg seterusnya membawa kejayaan kepada Angkatan Tentera Islam,Tentera Rom kehilangan 3500 nyawa manakala Tentera Islam hny kehilangan 13 nyawa,wlupun tidak menawan apa2 wilayah namun kputusan peperangan dianggap bgaikan kemenangan kpd Tentera Islam..:)cgrock

Rasulullah saw mengkhabarkan bahawa Ja'afar bin Abi Thalib dikurniai ALLAH swt sepasang sayap mengantikan tgnya di dunia dan akan terbang bersama Jibril dan Mikail di Syurga..

Begitulah kisah pembawa panji teragung sepanjang Zaman..Pembawa panji yg mampu meniup semangat..
Yg enggan rebah..yg mampu mengibarkan Panji Kebenaran walau tiada lengan dan tiada jari..ALLAHUAKHBAR......

Pedang Al Mathur


al-mathur-300x100_zps6956ea87.jpg

Pedang Yang Digunakan Oleh Ja'afar dlm peperangan Mu'tah

Pedang ini berasal Dari Ayahanda Rasulullah diwariskan kpd Rasulullah sebelum kenabian lg kemudian dihadiahkan Rasulullah kepada Ja'afar kerana keberanianya dan sesudah beliau gugur Syahid ia diwarisi adindanya Ali Bin Abi Thalib ra

Pedang ini amat dimuliakan di Zaman Khalifah Uthmaniyah, dimana kebanyakan waktu Ishtihar Perang dibuat Khalifah akan mencabut pedang dri sarung,dan slunya panglima perang dilantik dibwah mata pedang Al Mathur..Diceritakan juga beberapa peperangan disertai pedang ni kemudianya dan dgunakan sbg peniup semangat dan alat kebesaran..
btapa dimuliakan ALLAH nilai seorang Syuhada..Subhanallah...


Ya ALLAH
Kau Kurniakanlah Kepada Pejuang Islam di Mesir Dan Syiria Keberanian dan Ketabahan Ja'afar bin Abi Thalib
dan Kau Kurniakanlah Kepada Panji2 Islam di Sana Keteguhan Seperti Teguhnya Panji Agamamu dalam Genggaman Ja'afar Bin Abi Thalib
Amin Ya Rabalalamin.


Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Mu'tah
http://news.liputan6.com/read/266992/pedang-nabi-muhammad-dipamerkan-di-jakarta
http://bintangzohra.wordpress.com/2...g-utama-rasullullah-saw/pedang-al-mathur_1-2/
Risalah & Pameran Pedang Rasulullah di Shah Alam -2012

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
timur & barat
Views
39
Last update

More entries in Others

More entries from timur & barat

Top
Log in Register