BTC USD 62,946.0 Gold USD 1,736.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nak Tahu Apa Yang Usahawan Berjaya Buat Pagi-Pagi

4 Perkara Yang Dilakukan Oleh Usahawan Berjaya Pada Waktu Pagi

Artikel ini ditulis adalah untuk memberikan anda gambaran apa yang dilakukan oleh seorang yang berjaya. Ianya adalah supaya anda mungkin boleh cuba untuk mempraktikkannya untuk turut menjadi seorang yang berjaya walaupun anda bukan seorang usahawan. Saya menggunakan usahawan hanya sebagai subjek, kejayaan sebenar terletak kepada pemikiran anda.

entrepreneur-1.jpg

Mambaca, bermain atau bercakap dengan anak- Waktu pagi merupakan masa yang paling berkualiti didalam hidup seseorang, terutama terhadap anda yang sibuk dengan aktiviti kerja. Kebanyakan usahawan menyatakan bahawa mereka lebih banyak membaca buku-buku yang berbentuk motivasi diri pada waktu pagi berbanding akhbar. Ada juga sebahagian yang menyatakan bahawa waktu pagi adalah masa yang paling sesuai untuk mereka meluangkan masa bersama anak terutamanya yang masih kecil, disebabkan kerana selepas waktu itu, mereka akan sibuk untuk melakukan kerja.

Bersenam-
Lebih daripada 70% usahawan bersetuju bahawa kecerdasan otak akan mempengaruhi kepada kejayaan perniagaan mereka. Kebanyakan usahawan yang berjaya akan memperuntukkan waktu pagi untuk mereka pergi bersenam. Ini kerana seorang ushawan perlu memiliki tubuh yang cergas, dan otak yang cerdas untuk menhadapi segala kemungkinan pada hari itu. Seperti yang anda tahu, usahawan sentiasa akan dikelilingi dengan pelbagai masalah, ianya tidak sama seperti seorang yang makan gaji, mereka sentiasa berada di dalam zon yang selesa.

Berfikir- Seorang usahawan sentiasa perlu berfikir bagaimana untuk mengembangkan perniagaan mereka, cara terbaik mengendalikan pekerja, halatuju perniagaan mereka atau sebagainya. Sebahagian besar usahawan bersetuju bahawa waktu pagi adalah masa yang terbaik untuk mereka mendapatkan idea-idea yang lebih bernas. Mereka akan memperuntukkan masa pada waktu pagi hanya untuk melakukan perancangan atau tindakan yang sepatutnya diambil untuk memajukan lagi sesebuah perniagaan.

Sarapan-
Kebanyakan usahawan bersetuju bahawa sarapan adalah sangat penting didalam penentu terhadap mutu kerja mereka pada hari tersebut. Mereka akan mendapatkan sarapan yang berkualiti untuk mambantu mereka menghadapi permulaan hari baru dengan penuh semangat dan berkeyakinan. Sebahagian daripada mereka juga yakin bahawa sekiranya seseorang memulakan hari mereka dengan baik, tidak ada masalah untuk mereka menghadapi jam yang seterusnya. Ia boleh diumpamakan seperti permulaan yang baik amat penting untuk seorang pelari pecut memenangi pertandingan.

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
kedai-lelaki
Views
1,198
Last update

More entries in Others

More entries from kedai-lelaki

Top
Log in Register