BTC USD 84,300.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makan Gaji Sahaja Tak Cukup!

Makan Gaji Sahaja Tak Cukup!
-----

Tuan jika mahu ada duit lebih, makan gaji sahaja tidak cukup.

CEO syarikat yang kaya raya, selalu dapat ganjaran dari sudut lain, sama ada ekuiti dalam syarikat yang membolehkan dia berkongsi untung syarikat, stock options dan tidak ketinggalan buat bisnes senyap-senyap, sebagai plan B sekiranya kontraknya tidak disambung.

Kontrak 'tamat' sahaja, tahu-tahu dia dah memiliki rangkaian bisnes francais yang terkenal. Dia pun tahu makan gaji tak cukup. Dia cuma CEO, bukan pemilik syarikat pun.

Berikut adalah peluang menukarkan duit gaji jadi harta:

1. Bisnes

Ini adalah cari paling cepat jadi kaya. Malangnya, dalam tempoh 1 tahun, banyak bisnes gulung tikar. Ada yang kata, 90% pasti terguling.

2. Beli saham bisnes orang lain

Kurang berbakat dalam bisnes, maka kita laburkan duit dalam bisnes orang lain yang berbakat.

Di Bursa Malaysia, lebih 900 syarikat ada beri peluang ini. Lebih 70% adalah patuh Shariah. Tetapi bukan semua syarikat di Bursa Malaysia ini berkualiti. Ada yang rugi memanjang tapi harganya naik. Ho ho ho.

3. Hartanah

Isu utama ada modal sebab bukan semua mampu beli hartanah tunai. Jadi, ramai perlu berhutang dengan bank. Justeru, kena tahu cara bermain yang betul bila kena berhutang.

4. Emas & perak

Sekiranya harga naik setiap tahun tidak mengapa. Harganya turun naik. How low is low, how high is high ?

Walaupun harga emas dunia tengah jatuh, jika beli sekarang, dan harga terus jatuh tergolek amacam ?

4 aset ini adalah antara aset-aset utama yang ada pada hari.

Kalau zaman dulu, orang tukar duit jadi lembu, kambing dan kerbau. Hari ini, nak bela lembu dekat taman perumahan dan apartment ke ? Tanah pusaka dari 10 ekar, cuma dapat 1/2 ekar.

https://www.facebook.com/SuzardiMaulan

Hurmm ok jgk nice sharing

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
eday84
Views
2,145
Last update

More entries in Others

More entries from eday84

Back
Top
Log in Register