BTC USD 55,710.3 Gold USD 1,778.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maaf...aku sedang sibuk =.="

bila kau cakap kau busy, aku faham.
aku x suka nak ganggu kau.
tapi usahlah kau anggap aku x kesahkan kau.

bila aku pula yang busy, kau terus-terusan mahukan perhatian.
jika kau mahukan perhatian dan aku pula kurang melayan, usahlah kau anggap kau mengganggu hidup aku.
kau tahu kan bila aku dah start menjahit aku akan concentrate menjahit (sambil layan anime/drama).
aku tak pedulikan makan, aku jarang terus membalas sms yang masuk dengan kadar segera ketika sedang sibuk.

kau bercakap soal komitmen sekarang.
kau katakan aku x sedia untuk berkomitmen dengan kau.
lupakah kau, kau yang tidak mahukan komitmen dari awalnya?
kau menolak untuk declare.
kau hanya mahu kita berkawan walaupun masing2 mengaku saling menyayangi lebih dari seorang kawan.

kini,
kau yang mahukan jarak, aku mengikut.
kau yang melepaskan aku, aku menurut.
aku cuba ubah layanan dari kawan istimewa kepada kawan biasa.
nah, sekarang kau anggap aku tidak ambil tahu tentang kau.
kau katakan aku hanya mencari kau ketika aku keseorangan dan perlukan teman untuk bercerita.

jika kau rasa aku memang tidak layak menjadi teman, tak mengapa.
jika kau rasa kasih sayang aku hanyalah pembohongan, masih tak mengapa.
aku faham kau dalam keadaan tertekan.
aku sendiri tidak dapat membantu kau dengan keadaan aku sekarang.

aku minta maaf kerana tidak membalas message kau.
aku sengaja, aku tidak mahu memanjangkan perkara.

maaf, sebenarnya...aku sedang sibuk.

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
eLLYaNa
Views
43
Last update

More entries in Others

More entries from eLLYaNa

  • Lambat Laun
    Lambat laun, Kebenaran pasti akan terserlah. Tidak mustahil jika...
  • Perfectionism.
    Perfectionist. Yes, I am a 70% perfectionist. I am self-oriented...
  • Hikmah Sebalik Kejadian.
    licik. permainannya kali ini sedikit berbeza. dia tahu bila dia patut...
  • Pso Log 7
    2014. dah sebulan berlalu. doktor muda dan cantik telah ditempatkan di...
  • Pso Log 6
    Januari 2014. selesai ambil injection. sakit dah tak macam mula2 dulu...
Top
Log in Register