BTC USD 55,890.0 Gold USD 1,779.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

loan rumah bank mana yang terbaik?

Just nak bagi tips aje... :D

Memilih Pinjaman Perumahan
_________________________

Membeli rumah adalah komitmen terbesar dalam hidup majoriti bagi orang kita. Pinjaman perumahan membuatkan kita terikat dengan hutang untuk jangka masa 15 - 30 tahun. Malah sekarang ada yang offer sehingga 40 tahun atau sehingga umur kita 70 tahun. Oleh yang demikian, kita kena cuba dapatkan pakej pinjaman yang terbaik untuk kita.

Pakej pinjaman perumahan yang terbaik, bagi saya adalah;

1) Yang menawarkan mekanisma "reducing principal"
2) Yang ada berkaitan / "link" dengan akaun semasa / "current account"

Pakej ni biasanya dikenali sebagai "flexi home financing".

Hujahnya;

1) Kita boleh tentukan sendiri "method" pembayaran yang automatik boleh mengurangkan tempoh pembiayaan.

2) Kita boleh lebihkan bayaran setiap bulan walaupun sedikit dan ini dapat mengurangkan tempoh pembiayaan secara automatik.

3) Jika kita ada "cashflow lebih" setiap bulan, kita boleh masukkan ke dalam "current account" yang disediakan. Tak semestinya "cashflow lebih", tetapi wang gaji pun boleh walaupun setiap bulan, baki yang tinggal hanya beberapa ringgit. Walaupun hanya beberapa ringgit, dan walaupun duit itu hanya sehari dalam "current account", ianya dapat mengurangkan tempoh pembiayaan.

4) Kita masih boleh keluarkan duit dari akaun jika memerlukan.

5) Memberikan kita kuasa penuh untuk mengawal "cashflow" kita. Adakala kita bayar "full" setiap bulan. Adakala kita cuma perlu bayar separuh aje dari "monthly installment" tu.

Mekanisma "flexi loan" kebiasaannya kira "interest based on daily rest". Pengiraan interest dibuat berdasarkan,

[Baki jumlah pokok / "principal" - Baki wang dalam "current account"] x (interest rate).

"Monthly installement" yang kita bayar akan ada "portion" untuk bayar "interest" dan "portion" untuk bayar "principal". Cantiknya "flexi home financing" ni, lagi banyak baki wang yang ada dalam "current account", lagi rendah "interest" yang perlu kita bayar. Oleh yang demikian, lagi besar "portion" yang diperuntukkan untuk membayar "principal". Secara automatik, tempoh pembiayaan kita dapat disingkatkan. Bergantung "approach" yang kita guna, tempoh pembiayaan boleh dikurangkan sehingga separuh.

Tak banyak yang perlu kita buat. Mungkin cuma bayar lebih RM 50. Mungkin letak dahulu sementara duit bonus tahunan yang kita terima dari syarikat sementara berfikir untuk membelanjakannya. Mungkin kita masih berbelanja seperti biasa, cuma duit gaji terus dimasukkan dalam akaun semasa yang disediakan.

Terpulang kepada anda "approach" mana yang anda nak ambil.

tq bro...:)cgrock

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
alphaOne
Views
890
Last update

More entries in Others

More entries from alphaOne

Top
Log in Register