BTC USD 62,976.0 Gold USD 1,745.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima (5) Auta Yang Kita Sangka Fakta

Lima (5) Auta Yang Kita Sangka Fakta


10-false-facts-2.jpg


Banyak fakta di luar sana yang dilihat logik namun setiap fakta mesti ada kecacatan dan tidak semuanya tepat. Walaupun sekarang kita menggangapnya tepat namun 10 atau 20 tahun lagi mungkin ia hanyalah sebagai sangkaan semata-mata kerana akan timbul banyak lagi kajian terperinci terhadap sesuatu perkara yang bakal memberi penjelesan setepat-tepatnya. Beralih kepada topik hari ini, MyDecrescendo ingin menukar fakta yang diketahui umum dengan fakta sebenar agar kita tidak terkeliru dan mendapat maklumat yang salah.


  • 1. Gunung Everest adalah Gunung Tertinggi Dunia
    Gunung tertinggi sebenarnya ialah Gunung Mauna dengan ketinggian 10,200 meter berbanding Gunung Everest yang mempunyai ketinggian cuma 8,848 meter. Mauna Kea nampak rendah kerana separuh dirinya di dalam air.

  • 2. Tembok China binaan manusia yang tunggal boleh dilihat daripada angkasa
    Daripada angkasa, binaan manusia yang lain seperti lebuhraya, lapangan terbang, empangan dan struktur lain juga dapat dilihat dari angkasa.

  • 3. Lidah merasa sesuatu mengikut zon rasanya sahaja
    Manis, masam, pahit, masin dan tawar boleh dirasa di kesemua bahagian lidah. Tidak semestinya belakang lidah merasa pahit semata-mata.

  • 4. Sesumpah berubah warna mengikut persekitaran
    Sesumpah berubah warna mengikut psikologi dan emosi. Ia juga berubah warna sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dengan yang lain dan berinteraksi semasa ingin berlaga.

  • 5. Deria manusia ada lima
    Manusia mempunyai deria yang lebih selain untuk merasa, melihat, menghidu, mendengar dan menyentuh. Seorang manusia juga mampu mengimbangi badan dan apabila luka merasa sakit yang membuktikan manusia mempunyai deria-deria lain.







tq........

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
SayaAndaKita®
Views
446
Last update

More entries in Others

More entries from SayaAndaKita®

Top
Log in Register