BTC USD 19,323.3 Gold USD 1,809.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih Jimat Bersama Onexox

Aku bukan nak berniaga atau nak jual ubat, cuma nak kongsikan pengalaman aku bersama onexox.

Aku rasa tak perlu lagi aku perkenalkan simkad Onexox ini, sebab ramai yang sudah tahu. Seluruh Malaysia ada jual kot. Aku lihat banyak dealer yang buka gerai dekat pasar-pasar malam. Belum kira yang yang jual secara online, dekat CG :)cgrock ini pun ramai yang jadi agen simkad ini.

Jika korang nak rasai lebih penjimatan menggunakan telefon bimbit, aku memang cadangkan korang bertukar ke Onexox. Lagi bagus kalau korang MNP nombor lama kepada onexox.

Apa Kelebihan Onexox?

1. Kredit korang takkan hiang secara tiba-tiba. Aku tahu ramai yang terkena macam ni, puncanya adalah daripada SMS yang diterima daripada Short Number (Nombor 5 angka). Kononnnya korang telah melanggan entah apa-apa entah, langsung kredit korang kena tolak buta-buta.

2. Caj Voicemail yang mahal atau caj panggilan bawah 10 saat yang dikira seperti korang bercakap selama seminit. Tapi tidak dengan Onexox yang hanya caj 5sen sahaja. Iyelah kita buat panggilan untuk bercakap, tak sempat bercakap pun sudah dikira caj macam orang bercakap...memang tak patut.

3. Tempoh sah sehingga 28 bulan. Ada dua cara untuk korang mendapat kelebihan ini, iaitu

  • MNP kekalkan nombor lama kepada onexox. Ini korang akan secara automatik akan mendapat tempoh sha sehingga 28 bulan.
  • Daftar guna nombor baru, terus topup RM50 dalam masa 30 hari selepas pengaktifan. Jangan terlewat pula.

4. Plan internet berkelajuan tinggi dengan harga yang berbaloi. Setakat aku guna sekarang memang tak ada masalah dengan kelajuan internet. Pakej internet pun ada yang berbaloi, macam aku guna 1.5GB dengan hanya RM29.90/sebulan.

5. Ada pula User-Get-User (UGU), ini kira macam korang promote dekat sedara korang. Selepas itu korang akan nikmati 6% ganjaran daripada tambah nilai yang dibuat oleh sedara yang baru daftar tadi.

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
edy1405
Views
3,365
Last update

More entries in Others

More entries from edy1405

Top
Log in Register