BTC USD 24,058.5 Gold USD 1,779.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ketahui Rahsia Harga Printing Semurah RM20

Perbelanjaan wang dan penyimpanan wang adalah dua perkara yang berbeza yang memerlukan pelan yang baik untuk dilaksanakan. Yelah, kita belanja wang sebab nak pastikan aliran wang keluar tu smooth je masa beli barang-barang keperluan. Tapi, kalau main belanja je wang sesedap hati tanpa ada bajet atau pelan jangka masa panjang, tak pasal-pasal boleh jatuh bankrap. Bukanlah nak over tapi memang betul kalau belanja wang tapi tak ada bajet, lama-lama duit tu habis juga.

Okay, so sekarang ni mari kita bincang pasal macam mana nak jimat duit atau simpan duit pula. Duit yang kita miliki kenalah ada pelan simpanan yang mantap so nanti bila ada kecemasan, kita ada duit nak guna. Bukannya kita boleh jangka macam mana masa depan kita kan?

Artikel ini akan guide anda semua macam mana nak jimat duit untuk printing cost serendah RM20.00 je.

Printing Cost Untuk Printer Rumah dan Printer Pejabat

Printer yang biasa anda guna akan kehabisan dakwat juga dan akhirnya anda kena beli dakwat baru untuk isian semua (refill). Biasanya, anda akan beli dakwat dari jenama original printer anda. Biasalah tu, mestilah beli yang original sebab ikut jenama printer kita. Tapi, anda perlu tahu yang harga dakwat jenama original sangatlah mahal dan keterlaluan. Nak beli dakwat tak perlu pun beli yang original sebab jenama Malaysia pun sesuai dan compatible dengan semua jenis jenama.

Anggaran untuk harga toner cartridge jenama original bermula dari RM250.00 manakala harga jenama Malaysia baru serendah RM20.00 untuk sebuah toner cartridge.
Dakwat yang cecair tu pula, harga untuk jenama original saja dah mencecah RM30.00 sedangkan harga jenama Malaysia baru je RM3.00. Murah bukan? Jadi, kenapa nak beli yang mahal kalau ada yang murah punya.
Perbezaan harga tu sangat besar! Bayangkanlah duit yang anda dah belanja selama ini untuk printing cost saja.

Printing Cost

Sebagai contoh, anda guna printer model CRG337 canon dekat rumah dan ada kertas A4 sekali. Dua barang ni adalah barang utama untuk printing. Jom tengok pengiraan:

CRG337 original toner cartridge: RM300.00

Kertas A4: RM9.00

Dakwat cecair satu botol 70ml: RM28.00

CRG337 original toner cartridge boleh bertahan sehingga 2,400 helaian kertas dan dianggarkan dalam tempoh empat ke enam bulan. Maknanya, anda dah belanjakan sebanyak RM309.00 untuk printing cost saja selama setahun setengah. Manakala, kalau anda pilih untuk beli dakwat cecair dan isi secara manual ke dalam printer anda, anda akan membeli sebotol RM28.00. Andaikan yang sebotol dakwat cecair tu boleh tahan sehingga 7,000 helaian kertas dan anda telah belanjakan sebanyak RM37 untuk printing cost anda.
CMYK+K.png

Dakwat Cecair (Refill Ink)
CRG-337_3.png

Toner Cartridge​
Cuba kita lihat kalau anda pilih pilihan alternatif:

Compatible CRG337 toner cartridge: RM21.00

Kertas A4 70gsm: RM8.30

Dakwat cecair sebotol 100ml: RM5.00

Anda boleh berjimat sebanyak RM200 setahun, hanya untuk printing cost. Tengoklah jelah perbezaan harga yang ketara. Fikir-fikirkanlah ye berapa banyak yang anda jimat kalau beli jenama Malaysia.

Pilihlah JADI Life Solution (JADI Toner) Sebagai Jenama Untuk Berjimat

JADI ialah sebuah jenama Malaysia yang terbesar di Asia Tenggara yang menghasilkan sendiri dakwat dan toner cartridge. Jenama kami dah 20 tahun dalam industri percetakan ini. Jangan ragu lagi, jenama kami merupakan jenama yang dipercayai yang boleh mencapai jangkaan anda dalam pengalaman mencetak.

Comments

Blog entry information

Author
Jadi.life
Views
457
Comments
2
Last update

More entries in Others

More entries from Jadi.life

Top
Log in Register