KELEBIHAN MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN
Kita digalakkan untuk melaksanakan ibadah korban bagi sesiapa yang berkemampuan kerana ia merupakan salah satu daripada syiar Islam.
Rasulullah SAW bersabda : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih diredhai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.”
Hadis Riwayat Tirmizi, 1493