BTC USD 55,412.7 Gold USD 1,779.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kancil lebih LAJU dari evo or subaru!!

Di satu lebuh raya yg lengang.. Seorang pak aji sedang melihat enjin kereta kancilnya yg tiba2 mati ketika sedang memandu.. Sedang beliau tengah susah hati kerana tidak tahu ttg enjin, berhenti sebuah evo9... keluar seorang pemuda darinya lalu menghampiri pak aji tersebut.

PEMUDA: Assalamualaikum pak cik..
PAK AJI: waa'laikumsalam nak..
PEMUDA: ada apa ni pak cik?
PAK AJI: Entah la nak.. pak cik ni x pandai bab2 enjin ni.. Blh anak tlg tgk2 kn?
PEMUDA: Maaf la pak cik saya x bawa alat2 baiki kereta.. mcm ni la.. saya tolong tunda kereta pak cik.. saya ada bawa tali..
PAK AJI: OK juga tu.. klu pak cik rasa anak bawa laju pak cik angkat lampu past pak cik bunyikan hon..
PEMUDA: baikla pak cik..

ketika sedang menunda pak aji tersebut datang sebuah subaru impreza memotong evo9 tadi.. dengan rasa tercabar anak muda tadi mengejar subaru yg memotongnya.. subaru itu pn x mau mengalah..lalu mereka berdua pn beriringan ingin memotong sesama sendiri..meter dah melebihi 200 km/j.. sehingga lah melintasi satu kawasan speed trap..

POLIS: Bola satu kepada bola dua panggilan over
PUSAT KAWALAN: bola satu jalankan berita over
POLIS: Terdapat tiga kenderaan telah melanggar had laju lebuh raya.. satu evo9.. satu lagi subaru impreza.. yg lagi satu tu errrrrrr...
PUSAT KAWALAN: Apa kenderaan satu lagi???
POLIS: Ni kalau aku bagitau ni korang mesti x percaya ni..
PUSAT KAWALAN: Kenapa?
POLIS: Satu lagi kereta kancil tengah ikut 2 kenderaan tadi.. pak aji yg bawak.. tengah angkat lampu dan bunyikan hon nak potong evo dengan subaru tadi!!!

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
deen84
Views
631
Last update

More entries in Others

Top
Log in Register