BTC USD 60,466.7 Gold USD 1,731.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenama TV LED Terbaik ( Minta Pandangan )

Jenama TV LED Terbaik ( Minta Pandangan )

very subjectif, susah nak katakan yg mana terbaik sebab TV didatangkan dengan spesifikasi yg berbeza. lebih canggih spec. maka lebih mahal lah.

Cth spec:

TV32 - Spec biasa RM899 dan full spec. mencecah sampai RM2500.

Tetapi kalau nak beli TV, pilih lah yg berjenama terkenal, kerana support backup service, spare part dan ada service centre.

Dicadangkan:

Sony
Panasonic
Toshiba
Sharp
JVC
Samsung
LG

Jgn beli cap ayam atau apa apa brand yg tak dikenali, nanti akan menghadapi masaalah tentang service.

Kategori TV ada lah berada didalam kumpulan:

1. Professional - dipakai di stesysen tv- broadcast studio
2. Prosumer/SemiPro.
3. Amatur/Home User.

TV professional, mahal giler sebab spec yg amat tinggi. TV 14" mencecah ribuan ringgit.

SemiPro, murah sket dari tv professional tetapi spec hampir sama dgn pro.

Amatur/home user, seperti yg kita pakai sekarang. didatangkan dengan pelbagai spesifikasi.

Jangan terpengaruh dgn salesman, sebab dia hanya nak menjual dan memenuhi sales target, banyak jual banyak dapat komisen. dia mesti kondem TV A tak bagus dan TV dia yg bagus.

Periksa sumber atau bahan ujian, selalu nya salesman akan play beberapa video. check adakah dari sumber Bluray, DVD player atau mediaplayer dan input menggunakan HDMI atau composite video.

Selalu kita bercakap tentang TV, TV Toshiba terang manakala TV Sharp tak terang.... terang dari segi apa tu..? semua ini mainan saleman. lihat dulu spec. TV tu sebelum membeli nya.


Pengeluaran TV skrin nipis bermula dari genarasi pertama ialah Plasma ------> LCD dan kemudian ------>LED backlight tv.

Jadi LED Tv adalah LCD tv dimana cahaya backlight menggunakan pancaran LED.


Jgn kena tipu..setakat ini tiada lagi tv LED dipasaran kalau ada pun teramat mahal.

Setakat ini Samsung adalah dominant dalam pengeluaran panel LCD. Bahkan sesetengah model Sony pun menggunakan panel Samsung dlm pembuatan TV mereka.

Sebaiknya sebelum beli tv semak keperluan (spesifikasi)dan budget.

1. contrast ratio - lagi tinggi nisbah nya lagi terang gambarnya
2. Brightness - sama seperti diatas.
3. Full HD atau HD Ready
4. TV3D- perlu ? (check Passive atau Aktif)
5. Jumlah Display pixel.
6. Berapakah port HDMI.
7. Support dan ada tuner DVB-T
8. kemampuan playback pelbagai jenis fail (MKV/AVI/AVCHD dsb.)
9. Check kemampuan Image resolution 1080p,1080i,720p...
10. Port network

Kaji dulu spec. sebelum membeli. Kalau tak faham semua ini , bawa rakan yg faham. kalau tak faham juga...hentam sajalah lah.

pendek kata beli ikut budget dan keperluan. tapi beli biar lah TV yg ada nama.

sekadar nasihat.:D:D


useful post

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
SayaAndaKita®
Views
741
Last update

More entries in Others

More entries from SayaAndaKita®

Top
Log in Register