BTC USD 67,573.3 Gold USD 2,315.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islam Agama Rahmah

Islam Agama Rahmah

Islam agama yang mempromosi kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan persis maksudnya yang berasal daripada perkataan Salam yang membawa maksud sejahtera.

Agama ini tidak sesekali membenarkan kezaliman berlaku di atas muka bumi apatah lagi yang merosakkkan dan menghancurkan keamanan makhluk sejagat.

Islam bukan hanya menitik beratkan hubungan makhluk dengan Tuhan akan tetapi hubungan sesama makhluk wajib dipelihara biarpun wujud perbezaan agama, warna kulit, bangsa dan kaum.

Nilai keamanan dan keharmonian perlu dipelihara agar manusia dan seluruh makhluk dapat hidup dan menikmati setiap kebaikan yang diciptakan Allah SWT.

Larangan mencaci, menghina, memandang rendah, menuduh, memanggil dengan gelaran buruk diceritakan terperinci dalam surah al-Hujurāt membuktikan Islam amat menentang segala bentuk permusuhan sesama makhluk.

Firman Allah SWT;

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُوا۟ خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَآءٌ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا۟ بِٱلْأَلْقَٰبِ ۖ بِئْسَ ٱلِٱسْمُ ٱلْفُسُوقُ بَعْدَ ٱلْإِيمَٰنِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Dengan memelihara tingkah laku, percakapan dan tulisan kita, kesemua ini membantu kepada baiknya hubungan sesama manusia seterusnya menjauhkan daripada berlakunya peristiwa-peristiwa berdarah yang bakal meruntuhkan keharmonian sesama manusia.

Semoga Allah SWT terus memelihara Malaysia dan seluruh isinya daripada ancaman musuh dan perancangan jahat makhluk yang berniat jahat.

Mari bersama kita hidupkan semula nilai-nilai murni yang menyuburkan semangat perpaduan berbilang kaum menurut acuan Islam tercinta.

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
TXT
Views
34
Last update

More entries in Others

More entries from TXT

Back
Top
Log in Register