BTC USD 43,040.8 Gold USD 1,751.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM
Rich IB.png


Ingin menjadi IB yang kaya!
Bahagian 2

Dalam artikel sebelum ni, saya ada beritahu jika anda betul-betul ingin menghasilkan $2000, $5000 atau lebih untuk komisen IB, anda mesti lah menggunakan social media secara aktif untuk mendapatkan trader yang berpontensi dan kurang berpengalaman kerana ke semua mereka akan memberi KOMISYEN IB yang banyak. Anda boleh terus klik LINK untuk membuka akaun dan menjadi IB yang berjaya.

Soalan yang selalu bermain difikiran anda: “Apakah perkarappenting yang perlu saya lakukan untuk menjadi IB yang berjaya?" Satu kaedah di sini dimana anda perlu memenuhi keperluan pelanggan anda dan memberikan mereka maklumat yang penting. Anda perlu memahami apa yang bakal dimiliki oleh pelanggan anda dan memenuhi kehendak mereka. Anda mungkin boleh membuat robot (Penasihat pakar) untuk berdagang atau menyediakan VPS. Atau anda boleh memberi signal kepada mereka atau mengajar mereka cara untuk berdagang. Anda juga boleh menjadi pusat hubungan dengan pelanggan anda dan membantu mereka menyelesaikan masalah dengan cepat. Pelanggan anda mesti menghargai perkhimatan anda.

Yang penting, bukan PERKHIDMATAN yang ditawarkan tetapi cara BAGAIMANA anda untuk memasarkannya.

Ini bahagian kedua: apa sahaja yang anda buat, anda harus melakukannya dengan baik. Kita semua mahu mempunyai perkhidmatan dan produk yang berkualiti. Adakah anda berfikir bahawa jika robot anda gagal sepanjang masa pelanggan akan masih bersama anda? Bolehkah anda bayangkan jika mereka menyampaikan antara satu sama lain dan soalan anda dijawab 3 hari kemudian?

Sekiranya anda memutuskan untuk menjadi IB yang baik dan mempunyai sesuatu untuk ditawarkan kepada pelanggan anda, lakukan kerja anda dengan baik. Cuba menjadi profesional.

Contohnya: anda adalah trader yang terbaik, dan signal yang anda kongsikan pada pelanggan anda juga terbaik . Tidak kira seberapa baik signal anda, tidak ada gunanya jika orang lain tidak mengetahuinya. Oleh itu penting nya social media seperti Facebook,Whatsapp atau Telegram untuk memberitahu mengenai perkara ini. Lakukan secara profesional. Beritahu secara asas mengenai bagaimana anda berdagang dan memilih signal, cerita kan pengalam apa yang anda ada dan apa yang orang lain harapkan dari anda. Lakukan dengan jujur dan telus. Ingat, seperti yang telah disebutkan, anda perlu mencari sekurang-kurangnya 2000 orang sebelum anda mendapat komisen IB yang stabil.

Setelah pelanggan pertama menghubungi anda, cuba kekalkan hubungan jangka panjang dengan mereka. Selalunya pelanggan yang sedia ada lebih mudah dari mencari pelanggan baru. Sebagai tambahan cuba tawarkan sesuatu dengan percuma atau diskaun besar. Contohnya, anda memberikan 3 isyarat signal sehari. Tawarkan mereka 5-6 signal untuk beberapa waktu. Sekiranya mereka memperoleh keuntungan lebih banyak, mereka akan tinggal bersama anda lebih lama dan memberitahu orang lain mengenai anda. Minta mereka berkongsi mengenai anda di Facebook dan berikan mereka hadiah kecil. Sebagai contoh, jika anda seorang IB di Tickmill, anda boleh meminta beberapa kemeja atau topi berkualiti tinggi berjenama untuk diberikan kepada pelanggan jika mereka memasarkan anda. Kami akan menghantarnya kepada anda, kerana jika anda mempunyai lebih banyak pelanggan, mereka akan berniaga di Tickmill dan ini bagus untuk semua orang. Atau anda boleh berhugung dengan Tickmill dan membuat promosi kecil hanya untuk pelanggan anda di mana Tickmill akan menyediakan hadiah. Sekali lagi, adalah baik untuk mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan anda yang ada. Dan ia tidak dikenakan apa-apa.

Selaras dengan itu, Sekiranya anda memutuskan untuk menjalankan promosi anda di Facebook, group Whatsapp atau Telegram, jangan berhenti dalam 1 minggu. Anda memerlukan masa minimum 3 bulan sebelum keputusan yang baik. Teruskan dengan memasarkan dengan cara ini. Pelanggan pasti akan datang.

Pilihlah broker yang baik. Ini adalah salah satu perkara yang paling penting, walaupun nampaknya tidak begitu jelas. Apabila anda mendapatkan pelanggan dan menawarkannya untuk bergabung dengan broker anda, secara automatik anda akan bertanggungjawab untuk apa sahaja yang dilakukan oleh broker ini. Sekiranya ada yang tidak kena dengan broker ini, pelanggan akan menyalahkan anda terlebih dahulu. Anda tidak mahu bertanggungjawab atas kesilapan broker.

Selain daripada itu jika anda berurusan dengan broker yang baik, mudah untuk menjualnya serta mempromosikanya. Sebagai contoh, jika anda memasarkan Tickmill, anda boleh memberitahu pelanggan bahawa mereka akan membayar dagangan mereka 2-3 kali lebih sedikit dan lebih mudah mendapat keuntungan dengan Tickmill. Anda boleh merujuk pelanggan anda di https://www.myfxbook.com/forex-broker-spreads di mana pelanggan dapat membandingkan spread dan komisen Tickmill dengan broker lain.

Spreads.png

Sekiranya anda berurusan dengan broker dengan reputasi baik, dengan lesen yang berkualiti, ini akan membantu anda membuktikan bakal pelanggan bahawa broker ini tidak akan mengambil wang mereka dan menghilang.

Terakhir, apabila anda berurusan dengan broker yang baik dan pelanggan anda gembira, mereka mesti menyampaikan pada orang lain mengenai anda dan broker yang anda pilih mereka akan membawa lebih banyak pelanggan lain. Orang akan lebih cenderung untuk mempercayai orang lain yang mereka kenali.

Jadilah profesional dalam apa yang anda lakukan. Contohnya, orang benci apabila anda cuba menjualnya secara agresif dengan segera. Daripada memberitahu mereka: anda menyertai kumpulan VIP tertutup saya jika akaun anda mempunyai minimum $1000, lebih baik anda tawarkan beberapa signal secara percuma. Setelah mereka mencubanya, dan mereka suka, maka anda boleh bercakap dengan mereka mengenai kumpulan VIP.

Jangan bercakap buruk mengenai pesaing broker. Anda mungkin membandingkan broker anda dengan yang lain, anda dapat menyatakan fakta: spread dan komisen di Tickmill rata-rata 2-3 kali lebih rendah daripada broker lain. Berikan fakta kepada pelanggan, bantu mereka menyemaknya dan biarkan mereka memutuskan sendiri.

Terakhir, tidak kira seberapa baik anda sebagai p emberi signal atau dalam apa yang anda lalukan, jika broker anda buruk, ini akan merosakkan semua usaha anda. pastikan anda berada di pihak yang sama dengan broker anda.

Baca dan fahami atikel di atas jika anda ingin menghasilkan $2.000, $5.000 atau $10.000 sebulan untuk komisen IB. Jadilah profesional dalam apa yang anda lakukan dan pastikan orang tahu mengenainya. Semakin ramai yang tahu mengenai anda, semakin banyak pelanggan yang anda akan miliki, sebilangan mereka akan berdagang dan sebilangan mereka tidak akan berdagang.

Mana yang anda mahukan? Dengan orang mana yang anda mahu menghabiskan masa anda? Orang yang akan berdagang atau orang yang hanya akan bertanya? Di sini timbul satu lagi persoalan: bagaimana anda membezakan siapa yang akan berdagang dan siapa yang tidak akan berdagang?

Kita akan berborak pada artikel yang seterusnya.

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
Tickmill
Views
256
Last update

More entries in Forex Broker

More entries from Tickmill

Top
Log in Register