BTC USD 48,941.4 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IKBN Dusun Tua dan Bukit Ibam Simpan 6,000 Tan Tinggalan Emas 2


21.Sebagai rakyat yang patriotik terhadap negara, saya sendiri berasa pelik mengapa tidak ada kepekaan dan minat yang tinggi dari pihak kerajaan khususnya ATM untuk meneruskan pencarian emas-emas ini yang disimpan di bawah kompleks lapangan terbang penjajah yang kini ditimbus dalam tanah (lokasi : IKBN Dusun Tua, Hulu Langat), sekitar kem-kem tentera milik penjajah di seluruh negara, Gunung Pulai, Sandakan, Labuan, Gombak Batu 15 dan banyak lagi tempat.

22.Saya berharap supaya PAT sekarang ini iaitu Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin tidak memandang remeh dengan laporan yang saya buat ini, saya mohon satu tindakan drastik untuk menyusun unit-unit yang boleh diatur gerak serta keperluan lojistik yang bersesuian diberi untuk membantu negara mengatasi beban ekonomi, beban sosial dan terutama beban pertahanan dan keselamatan negara kita yang tercinta.

23.Saya fikir satu pasukan arkeologi seperti dari Muzium Tentera Darat boleh dibentuk dan tanggungjawab unit ini diletakkan terus di bawah arahan dan tanggungjawab PAT atau pun Panglima Tentera Darat sendiri.

24.Oleh kerana pencarian emas ini berkaitan dengan kedaulatan dan kedudukan strategik negara, status kepada pasukan ini harus diberikan setimpal kalau tidak, lebih kurang dengan mana-mana pasukan elit yang wujud dalam ATM.

25.Maksud saya, ia diberikan akses tanpa sebarang masalah birokrasi yang ketat seperti penggunaan kenderaan lojistik, helikopter, kapal, kemudahan satelit dan sebagainya.

26.Saya tidak tahu pasukan arkeologi tentera ini diletakkan di bawah siapa atau unit mana tetapi saya melihat kelesuan dalam pembongkaran sejarah negara sama ada oleh pihak tentera mahupun oleh muzium-muzium di bawah kementerian.

27.Untuk mengesan harta-harta yang boleh digunakan negara bukan satu usaha yang mudah tetapi akan berjaya jika unit khas ini dengan diketua oleh seorang pegawai arkeologi yang mahir dalam bidang pendudukan tentera Jepun, kod-kod rahsia Golden Lily dan aspek keagamaan Shinto sangat penting untuk memahami mentaliti Yamashita ketika mengarahkan emas-emas ini ditanam.

28.Saya berharap pasukan arkeologi ini bebas dari sebarang pengaruh politik dan emas yang dicari akan diberi sepenuhnya untuk negara terutama dalam pembelian senjata dan pertahanan di Sabah yang kini lesu dengan pelbagai peralatan yang sudah rosak.

YAMASHITA ATAU HARIMAU MALAYA MASIH HIDUP

29.Kementerian Pertahanan dan agensi perisikan seperti Bahagian Staf Perisikan Pertahanan harus bekerjasama dengan pasukan arkeologi elit ini untuk menyiasat laporan-laporan tidak rasmi mengenai watak-watak yang terkait dengan harta karun Yamashita.

30.Antaranya yang saya perolehi, apakah benar Jeneral Yamashita ada memasuki negara ini sekitar beberapa tahun lepas sebelum beliau meninggal pada tahun bulan Oktober 2010 atau 2011.

31.Saya difahamkan beliau memasuki negara ini dengan memakai identiti berbeza dan tinggal di Jepun di bawah perlindungan Yakuza.

32.Sejarah yang dicatatkan oleh pihak berikat yang menang dalam Perang Dunia Kedua sudah banyak menipu kita, tidak mungkin pemegang rahsia emas yang bernilai berbilion dollar seperti Yamashita digantung mati dengan mudah atas dakwaan jenayah perang.

33.Kerajaan khususnya ATM juga harus menyiasat dan memantau pergerakkan ahli-ahli Yakuza di dalam negara sama ada mereka ini terkait dengan kumpulan Golden Lily.

34.Saya fikir banyak pihak terlepas pandang apabila anak kepada mendiang Jeneral Yamashita, memasuki negara ini dengan membawa berbilion bon sekitar bulan Mac lepas.

35.Siasatan harus dibuat untuk melihat mengapa ahli lembaga pengarah Bank Sakura itu

masih menaruh minat dengan Tanah Melayu, adakah beliau menyimpan amanat-amanat rahsia untuk mencungkil kembali emas-emas ini keluar melalui pembelian-pembelian tanah yang kita sendiri tidak tahu kandungan di dalamnya.

IKBN DUSUN TUA DAN BUKIT IBAM

36.Menurut laporan tidak rasmi, terdapat lebih kurang 60 tapak atau lebih dari 1,000 tapak yang disyaki mempunyai emas sama ada milik Jepun atau Inggeris di Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

37.Saya berharap pihak Kementerian Pertahanan atau ATM akan menyambung semula projek arkeologi di tapak IKBN Dusun Tua yang mengandungi hangar, kompleks bawah tanah dan bangkai-bangkai kapal terbang Jepun yang membawa emas yang tertimbus di dalam tanah.


rsz_ikbn1.jpg

Tapak Istana Sultan Selangor dipercayai tersimpan harta karun milik Raja-raja Melayu di IKBN Dusun Tua

38.Kawasan IKBN Dusun Tua yang terbahagi kepada dua zon sejarah iaitu 1. kawasan tapak istana Kesultanan Selangor dan 2. kawasan kompleks bawah tanah tentera Jepun yang dikawal selia agen Golden Lily mengandungi sekurang-kurangnya 400 tan emas yang bernilai berpuluh bilion ringgit.

39.Saya difahamkan projek ini telah dimulakan sekitar tahun 2000 dahulu tetapi dihentikan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

40.Saya berharap dengan kerajaan melalui ATM memandang serius pandangan saya ini kerana emas-emas yang dianugerahkan Allah Taala adalah untuk kegunaan pemerintah Islam dan tidak mungkin boleh digunakan oleh orang lain.


rsz_img_000001281-1024x768.jpg

Akses ke bilik bawah tanah di IKBN Dusun Tua yang sudah dibanjiri air panas

rsz_img_000003691-576x1024.jpg

Salah satu akses bilik bawah tanah yang digenangi air

rsz_img_00000372-576x1024.jpg

Batu tanda Jepun dalam IKBN Dusun Tua, ada kod yang diberitahu, saya sudah lupa maksud kod ini dan saya malas nak amik port

http://militaryofmalaysia.net/2014/05/angkatan-tentera-malaysia-perlu-peka-dengan-tinggalan-emas/

Sambungan emass

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
eday84
Views
3,169
Last update

More entries in Others

More entries from eday84

Top
Log in Register