BTC USD 62,758.2 Gold USD 1,746.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Himpunan teknik teknik loan ASB

wslm.. syarat wajib zakat nilai tersebut dh cukup x?

Kaedah Kiraan Wang Simpanan Zakat:

Simpanan Tetap

Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka
wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.

Simpanan Biasa

Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul bagi simpanan tersebut.

Simpanan Dalam Satu Akaun

Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.

Simpanan Dalam Beberapa Akaun

Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki terendahnya dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi nisab.

SUMBER : Lembaga Zakat Selangor

Oleh yang demikian, sebaik sahaja nilai simpanan kita termasuk hasil terminate loan asb melebihi nilai nisab ie (NISAB 2013 SELANGOR : RM13140) dan telah cukup satu tahun hijrah.. maka nilai terendahnya didarab dgn 2.5% dan dikeluarkan zakat.. sbb tu bermula dr sekarang ambil tau pasal wang anda..
mmmmmmmmmmmmmmmmm

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
haryz
Views
44
Last update

More entries in Others

Top
Log in Register