BTC USD 62,946.0 Gold USD 1,736.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hikmah Sebalik Kejadian.

licik.
permainannya kali ini sedikit berbeza.
dia tahu bila dia patut mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh.
mempengaruhi gadis naif yang sedang kecamuk hatinya.
lalu memanipulasi keadaan di saat dugaan hebat melanda si gadis.
malah fakta yang ada dimanipulasi sehingga menjadi sebuah cerita baru bersudut 180 yang menjadi bualan hangat.
sekaligus mendapatkan kepercayaan khalayak.

ah, memang dirinya penuh dengan permainan sedari dulu.
dan pelbagai watak yang cuba dibawa.
mungkin setelah beberapa tahun, kini dirinya bijak membawa watak dengan baik.
tidak seperti dulu yang mudah untuk dipatahkan penyamarannya.
watak yang keliru, jalan cerita yang lemah.
itu dulu.

kini,
dapat kulihat.
dia memang berusaha membuktikan janjinya untuk menyusahkan hidupku.
oh ya, bukan janji, ugutan lebih tepatnya.
syabas dan tahniah di atas usaha yang telah dilakukan.
teruskan membenci, memang itu mahuku.
maaf kerana dulu aku terpaksa menolak dengan tegas.
aku sedia maklum akan risiko penolakan tersebut dari awal, dan kini ia sedang terjadi.
aku menerima keadaan ini dengan hati terbuka.
aku buat begini bukan untuknya, tetapi untuk F dan double R.
terbayang sinar mata dan wajah mulus tak bersalah itu.
dan sejujurnya aku memang tidak dapat menerima dirinya.

penghujung 2013.
aku menyaksikan fitnah yang disajikan olehnya.
awal 2014.
aku menyaksikan pula legasi diteruskan oleh yang lain.
disulami tohmahan dan diwarnai dengan 'bukti rekaan'.
entah siapa dalangnya.
aku tidak tahu.
Allah yang tahu.

peristiwa di atas telah membawa aku ke jalan baru yang asing bagiku.
jalan yang sungguh aku tak sangka, yang tak pernah aku bayangkan.
berkali kutolak, kerana tidak mahu keduanya terlibat dengan masalah.
baik aku mahupun dia.
terbayang pula mereka2 yang lain yang masih menanti jawapan aku terhadap lamaran mereka.
namun kemudian Allah memberi petunjuk.
mungkin memang ini jalan takdirku.
seorang saja yang terpilih.
yang lain kutolak dengan baik.

menolak lamaran si pervert yang memancing dengan wang ringgit beberapa tahun lalu, tidak sekali-kali aku kesal.
kerana aku tidak memandang kemewahan meskipun aku sedang dalam kesusahan.
menerima lamaran seorang lelaki biasa yang baru dikenali yang tahu untuk menghormati aku sebagai seorang wanita, tahu menjaga batas perhubungan, adalah keputusan yang aku ambil.
aku sendiri tidak tahu mengapa dia yang dihadirkan sebagai pendampingku disebalik segala kekeliruan cerita ini.
tetapi aku yakin Allah adalah sebaik-baik perancang.
pasti ada sebabnya mengapa dia, tidak orang lain.
pasti ada hikmahnya di sebalik kejadian yang berlaku.
lambat laun akan terserlah.

sukar untuk menjelaskan kepada mereka yang hanya percaya dengan apa yang mereka ingin percaya.
aku hanya berdoa kebenaran bakal terlihat.

Comments

now i know...x sangka dia tu penipu & fitnah aku..ingatkan jenis baik solehah...apa jenis punya tino la
 
pecot85;bt28748 said:
now i know...x sangka dia tu penipu & fitnah aku..ingatkan jenis baik solehah...apa jenis punya tino la

kau salah org kot.
entry ni cerita pasal lelaki.
 

Blog entry information

Author
eLLYaNa
Views
134
Comments
2
Last update

More entries in Others

More entries from eLLYaNa

Top
Log in Register