BTC USD 59,928.4 Gold USD 1,731.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hanya SPM Gaji Mencecah RM 3000 hingga RM 6000

Hanya SPM Gaji Mencecah RM 3000 hingga RM 6000

As - Salaamu 'alaikum.
Salam Sejahtera.
Salam Luar Biasa Hebat !

Baru-baru ni saya balik beraya di kampung saya dekat Kuantan, Pahang. Suasana agak meriah dengan kehadiran adik - beradik dan anak - anak saudara.


Photo yang diambil oleh Najib Motivator dari Marina Barrage, Singapore
Sempat juga saya melawat saudara - mara jauh dan dekat serta kawan-kawan sekitar Kuantan. Bukan untuk menunjuk - nunjuk, tapi hanya sekadar menjawab pertanyaan mereka dan mereka agak terkejut bila saya mengatakan saya bekerja di Singapura. Ini adalah senario biasa di kampung - kampung di negeri - negeri yang agak jauh dengan sempadan Singapura. Bagi mereka, bekerja di Singapura merupakan satu standard yang tinggi.

Bila mereka bertanya tentang gaji, saya hanya mengatakan sekitar RM 3000 sahaja. Sebenarnya itu hanya gaji basic. Jadi, berapakah gaji yang boleh kita dapat di Singapura dengan kelulusan SPM?

Berapakah gaji yang boleh kita dapat di Singapura dengan kelulusan SPM?

Gaji adalah bergantung kepada majikan anda dan posisi anda. Jika anda hanya BERKELULUSAN SPM dan bekerja sebagai operator di kilang atau syarikat besar yang standard di sana, jika dicampur elaun dan kerja lebih masa (overtime), gaji anda mungkin mencecah RM 3000 hingga RM 6000. Saya ada bukti!

Ya, kita tak perlu menunggu bulan jatuh keriba ataupun hanya terus menyesal tak berkesudahan kerana malas belajar di sekolah dulu. Terpulanglah kepada anda. Tepuk dada tanya minda. Trip Lawatan Pencari Kerjaya Singapore masih terbuka dan diadakan hingga kini. Anda hanya perlu sms saya untuk mendapat jawapan di atas semua kemusykilan dan kekeliruan anda itu. Saya, Najib Motivator sedia membantu.


Salam Luar Biasa Hebat !

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
Najib Motivator
Views
86
Last update

More entries in Others

More entries from Najib Motivator

Top
Log in Register