BTC USD 56,613.1 Gold USD 1,778.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

======>Cara-Cara untuk menghindari fahaman yang berbahaya dan pelik<======

Beberapa cara yang boleh digunakan:


Jika ada seseorang atau sekumpulan yang membawa fahaman yang unik dan lain daripada kebiasaan maka kita harus melihat beberapa faktor seperti di bawah ini:

- Apakah akidah mereka? Tanya kepada mereka ini terlebih dahulu dan dapatkan penjelasan yang rapi dan menyakinkan kita semua untuk menghindar fitnah kepada diri kita dan Ulama? Amat peting!!
  • Adakah mereka merupakan Ahlus Sunnah Wal Jamaat(Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie', Hanbali)?
  • Adakah mereka merupakan pengikut Mazhab Syiah?
  • Adakah mereka merupakan golongan yang tidak percaya kepada hadith?
  • Adakah mereka merupakan golongan yang berpegang kepada fahaman Wahabi atau sedikit-sebanyak cenderung kepada Wahabi?
  • Adakah mereka merupakan golongan Melayu yang sudah murtad dan mempersoalkan Islam supaya menimbulkan keraguan kepada Umat Islam?
  • Adakah mereka merupakan penganut2 agama lain yang membenci Islam dan pandai bercakap bahasa Melayu walaupun dalam dialek Kelantan, Terengganu, Kedah dan sebagainya??
  • Adakah mereka merupakan agen2 perisikan yang beroperasi secara halus dalam menghancurkan perpaduan? Mereka sudah wujud lama dan terbukti. Sesiapa yang menafikan perkara ini, maka kamu memang lurus bendul dan tidak memahami politik antarabangsa(seumpama)
  • Adakah mereka baru sahaja belajar mengenai Islam kerana ketika mereka masih di tadika, sekolah, Universiti, mereka tidak mengambil tahu atau tidak ingin mengambil tahu pasal Islam? Mereka ini juga selalunya baru mengkaji Islam selama 1 - 3 tahun dan kemudian berkongsi dengan seluruh dunia mengatakan mereka berada dalam kebenaran?

- Adakah mereka mempunyai masalah mental/gila baru2 atau sebelum ini? Dalam hal2 yang melibatkan akidah agama , perlu ada doktor atau sekumpulan professional dan tidak professional yang boleh mengiktiraf sama ada mereka ini mempunyai masalah mental, gila dan seangkatan dengannya?

- Adakah mereka baru sahaja bercerai atau putus cinta? Mengikut pengalaman aku dalam menghadapi kes2 sebegini, memang ada golongan yang baru putus cinta atau bercerai dan mereka ini mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam hal2 sebegini? Tetapi, mereka akan reda selepas 1-7 tahun(mengikut pengalaman aku lah)

- Adakah mereka mempunyai kepandaian dan memahami Bahasa Arab?

- Apakah mereka tidak memberitahu mengenai umur mereka? Adakah mereka sudah akil baligh? Dari segi saintifik, memang ada yang lambat akil baligh. Jadi, perlu berhati-hati.

- Apakah mereka ini mempunyai masalah akhlak atau suka melakukan maksiat?

Jadi, sebab itu mereka yang membawa fahaman yang bercanggah dan berbahaya kepada perpaduan, maka mereka patut memenuhi kriteria di atas.

Jika ada pertambahan, aku akan update pada masa depan.(memang ada pun)

Yang Benar,
Jess Malik(J.M)

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
Jess.Malik
Views
25
Last update

More entries in Others

Top
Log in Register