BTC USD 55,329.3 Gold USD 1,778.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GIGI kuning???

Gigi kuning amat selari dengan imej seorang pengotor. Selain itu, gigi kuning juga akan membuatkan diri kita rasa kurang keyakinan diri. Paling teruk, gigi kuning adalah petanda yang kesihatan gigi anda berada dalam keadaan yang teruk di mana anda berisiko mendapat berbagai penyakit seperti penyakit gusi dan mulut.

Untuk elakkan gigi anda daripada menjadi kuning, anda perlu gunakan kaedah mencegah. Untuk mencegah pula, anda perlu tahu punca kepada gigi kuning. Bagi membantu anda mengelakkan gigi anda menjadi kuning, saya senaraikan punca kepada gigi kuning di bawah:

1-Tidak menggosok gigi. Gigi yang tidak bersih akan membuatkan gigi anda menjadi lemah. Gigi yang lemah akan memudahkan kotoran untuk melekat dan seterusnya menyebabkan gigi anda menjadi kuning.

2-Minum minuman beralkohol, wain, kopi dan teh secara berlebihan.

3-Merokok berlebihan.

4-Tidak membersihkan cebisan makanan yang terlekat pada celahcelah gigi. Cebisan makanan akan menjadi asid apabila tidak di bersihkan dan ia akan merosakkan gigi anda dan seterusnya melemahkan gigi. Gigi yang lemah senang untuk kotoran melekat dan gigi anda akan bertukar kepada warna kuning.

5-Gigi tidak mendapat zat yang mencukupi untuk kekal kuat. Untuk pengetahuan anda di bahagian luar gigi adalah berwarna putih di mana ia memberi kekuatan kepada gigi manakala di bahagian kedua adalah berwarna kuning. Gigi kuning adalah isyarat kepada kekuatan gigi anda semakin lemah.

6-Minum minuman bergula terlalu banyak seperti air kordial dan air berkarbonat.

Masalah gigi kuning boleh di selesaikan dengan cepat melalui nasihat doktor dan rawatan professional di sana. Selalunya masalah gigi kuning berpunca daripada sikap anda yang tidak mengamalkan pembersihan gigi dengan sepatutnya.
:((
Apa perasaan anda apabilabercakap dengan seseorang dengan giginya berwarna kuning. Mesti geli kan? Cuba bayangkan anda pula di tempat orang yang bercakap tu dan gigi anda KUNING. Nak tau rahsia putihkan gigi yang kuning dalam masa 20 hari sahaja? Download Ebook Teknik MUDAH Putihkan GiGi Dalam 20 Hari! Secara PERCUMA di http://[URL="http://www.putihkangigi.net/hop.php?ref=linahlynn."]www.putihkangigi.net/hop.php?ref=linahlynn.[/URL]

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
linahlynn
Views
16
Last update

More entries in Others

More entries from linahlynn

Top
Log in Register