Fiqh al-Awlawiyyat (Fiqh Keutamaan)
Almarhum Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah menulis sebuah kitab yang berjudul Fiqh al-Awlawiyyat. Perbahasan ini sekitar pandangan beliau tentang keutamaan dalam sesuatu perkara.
Setiap tindakan yang dibuat perlu melalui penilaian berdasarkan neraca timbangan yang tepat. Setiap timbangan perlu mengikut neraca yang sesuai dengan keadaannya. Misalnya dalam bab Ibadah Wajib dan Ibadah Sunat. Ibadah Wajib perlu diutamakan berbanding Ibadah Sunat.
Memilih yang lebih utama bukan hanya pada Wajib dan Sunat tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan. Contohnya dalam bab nafkah/infak/zakat/sedekah. Keutamaan diberikan kepada ahli keluarga terdekat dahulu berbanding orang lain berdasarkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ، وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ، وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ، أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ
Maksudnya: “Dan dinar (harta) yang kamu belanjakan di jalan Allah dan dinar yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta dinar yang kamu sedekahkan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu sedekahkan kepada keluargamu”. [Riwayat Muslim (995)]
Terkadang prioriti itu akan dinilai berdasarkan keperluan saat itu, kemaslahatan orang ramai saat itu, kesesuaian keperluan dan macam-macam lagi. Setiap manusia yang berakal mampu membuat keputusan berdasarkan keutamaan mereka saat dan ketika itu. Apabila tidak mampu, minta lah pandangan mereka yang lebih berilmu dan berpengalaman.
Contoh yang lain dalam bab pelaksanaan undang-undang. Pendidikan terhadap sesuatu perkara diutamakan berbanding hukuman. Selepas segala usaha pendidikan dilakukan, hukuman perlu dijalankan dengan tegas.
Sekiranya umat Islam memahami konsep Fiqh al-Awlawiyyat ini, banyak perkara dan masalah mampu diselesaikan dengan solusi yang lebih baik kerana mendahulukan sesuatu berbanding sesuatu yang lain pada sesuatu masa mengikut kemaslahatan juga adalah kaedah penyelesaian yang baik.

Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
t.me