BTC USD 60,210.6 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Duat Perlu Terus Bergerak

Duat Perlu Terus Bergerak

Tayar yang tidak bergerak lama-lama akan kehilangan fungsi. Seri keindahannya pun tidak kelihatan. Biar pun tayar tersebut mempunyai sejarah panjang dan jasa yang besar kepada kenderaannya.

Begitulah kita dengan ilmu, thaqafah, kefahaman, tarbiah, kemahiran dan pengalaman. Tanpa bergerak dimedan kita akan kehilangan fungsi meskipun jasa dan sejarah perjuangan kita panjang.

Semoga kita menjadi tayar yang sentiasa bergerak dan memberi fungsi bermakna sehingga disaat-saat akhir. Tayar yang tidak bergerak, lama kelamaan anginnya akan berkurangan dan tayarnya juga akan rosak. Justru itu tayar perlu sentiasa bergerak untuk menjadikannya berfungsi membawa gerabak yang ada.

Usaha dalam mihwar membimbing masyarakat dan islah negara memerlukan duat terus bergerak. Kaki, mulut, tangan dan pemikiran kita perlu terus bergerak dan berperanan. Ruang dan penjuru yang ada amat luas untuk kita bergerak mengikut kemampuan dan kebolehan kita. Jangan jadi tayar yang tidak bergerak…..

Moga pengharapan Nabi Syuib yang di rakamkan dalam surah Hud ayat 88 menjadi pemugar semangat para duat

إِن أُريدُ إِلَّا الإِصلاحَ مَا استَطَعتُ ۚ وَما تَوفيقي إِلّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيهِ تَوَكَّلتُ وَإِلَيهِ أُنيبُ

“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan memperoleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku Kembali” (Surah Hud ayat: 88)

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
TXT
Views
27
Last update

More entries in Others

More entries from TXT

Back
Top
Log in Register