baru je tadi. hari ini aku bercakap tentang cita2 di entri :http://www.carigold.com/portal/forums/blog.php?b=24421ku.
dan tadi.
aku melepak kedai mamak sebelum aku sambung kerja aku.
seperti biasa, kueytiow goreng basah. sedap.
first time masakan melayu yang di masak oleh mamak kene ngan tekak aku.
serius weh. sedap.
masa nak masuk kedai mamak. nampak abang oil and gas.
aku pelik la ngan diri aku. asal aku nampak dia je mesti aku pretend tak nampak dia.
teiba2 kalut semacam..
ok. itu bukan point.
tgh aku makan sambil ber VM ngan lalank aku....
tetibe aku nampak Pak Nil masuk.
zaaaass! terus aku teringat entri tadi.
adakah peluang di depan aku.
nampaknye PakNil dalam mood yg Ok dan santai.
aku berkira2 mahu menghampiri dia dan cuba minta pendapat dia bagaimana jika aku mahu lompat ke bidang penyiaran?
aku resah. aku dapat rasa dia perasan keresahan aku. dia memandang aku. acap kali.
tapi aku seperti tidak bersedia untuk berbincang dengan dia.
aku tahu. dia mampu memberikan pendapat dan buah fikiran.
kawan aku suruh aku pergi
tapi perasaan aku berbaur. antara berani dan tidak.
sebenarnye aku comot hari ini.
aku kira aku sudah fail dari penampilan.
muka ngantuk and letih. bagaimana mahu meyakinkan dan berbual dengan org?
dan selepas makan, aku beredar, meninggalkan PELUANG di depan mata.
