BTC USD 60,866.9 Gold USD 1,725.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Kena Kencing RM500k

Datuk kena 'kencing'

Kuala Lumpur: Saya sudah tak tahu nak buat apa, terpaksa hubungi isteri di Malaysia untuk dapatkan bantuan sebab kehabisan wang selepas tersadai selama tiga minggu di Amsterdam, kata seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, yang ditipu satu sindiket.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 63, berkata, dia sanggup pergi ke ibu negara Belanda itu selepas dijanjikan bakal membawa pulang wang hampir RM200 juta yang disimpan satu rangkaian pelaburan di luar negara.

Menurutnya, sebelum sedar ditipu ejen pelaburan yang juga rakan kongsi barunya di negara berkenaan dia sudah membelanjakan wang simpanannya berjumlah RM500,000.

Menceritakan pengalamannya ditipu ejen itu, Zaidi berkata, dia ditinggalkan bersendirian di Amsterdam oleh ejen pelaburan terbabit yang mengarahkan menunggunya mengambil dokumen sulit yang didakwa ada di Hong Kong bagi melengkapkan proses pengeluaran wang itu.

Bagaimanapun, katanya, sebaik dimaklumkan transaksi yang ingin dibuat bukan di bank sebaliknya sebuah syarikat insurans, dia mula sedar ditipu lelaki terbabit yang dikenalinya menerusi seorang rakan di Malaysia sekitar September lalu.

datuk-kena-kencing.jpg


datuk-kena-kencing-amsterdam.jpg


datuk-kena-kencing-amsterdam-rm500k.jpg

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
kedai-lelaki
Views
1,524
Last update

More entries in Others

More entries from kedai-lelaki

Top
Log in Register