Bersabda Rasulullah S.A.W., Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim).
Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: Sebaik-baik hidangan adalah KHAL. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)
Baginda SAW maksudnya, Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah minuman kesihatan sunnah nabi-nabi yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.
Kandungan Cuka Kurma:-
Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dalam badan (yang membawa pelbagai penyakit berbahaya).
Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam:-
Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-
1) dapat mencegah berlakunya pembengkakan pada badan seperti bisul & kanser
2) membuang darah kotor & melancar aliran darah
3) mengatasi proses pencernaan/penghadaman makanan dalam perut
04) melancarkan pergerakan usus
5) merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
6) memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
07) menurunkan tahap kolesterol
8) mengimbang tahap asid-alkali dalam badan & mengeluarkan lebihan garam
9) membakar kalori dgn cepati
10) membuang toksin
11) merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
12) penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
13) mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dalam perut
14) merawat masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu)
15) mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
16) melancarkan pengeluaran susu ibu
17) melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid)
18) memperbaiki fungsi limpa
19) menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan
Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909 & Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.