BTC USD 57,623.2 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara Mudah untuk Setting Bed Levelling Et4 3D Printer Korang

3D Printer tidak lagi asing dalam kalangan rakyat Malaysia ini kerana sudah ramai yang mula menunjukkan minat terhadap penggunaan 3D printer di sosial media seperti Facebook dan Instagram. Ramai yang mahu berjinak-jinak memulakan hobi 3D printer.

Menggunakan 3D printer memang agak mencabar bagi beginner tetapi model ET4 hadir sekali dengan pakej auto-levelling. Jadi, kalau korang guna ET4, tak akan timbul isu tak reti nak laraskan bed levelling ET4 korang.

Tanpa membuang masa lagi, korang boleh teruskan bacaan di bawah ini untuk langkah-langkah melaraskan 3D printer ET4 secara auto atau manual.

Panduan ini akan terbahagi kepada tiga bahagian: pemeriksaan sensor levelling, auto-levelling dan manual-levelling.

Bahagian paling penting sekali ialah bahagian pemeriksaan sensor kerana penting untuk memastikan sensor berfungsi bagi menentukan ketepatan percetakan.

Peralatan yang perlu disediakan ialah: slot type screwdriver, 4mm Allen wrench, 1.5 Allen wrench dan kertas A4 70gsm.

Langkah 1: Persediaan Sebelum Levelling

Pertama sekali, korang kena periksa sensor menggunakan screwdriver untuk memastikan lampu sensor berfungsi. Ini bagi menentukan ketepatan yang diuji adalah tepat berdasarkan sensor lampu yang menyala.
1618815478083.png
Kedua, korang kena periksa jarak antara nozel dengan bed plate.

Ketiga, jarak yang optimum di antara nozel dan bed plate ialah 0.2mm untuk semua penjuru: depan, belakang, kiri dan kanan.

1618815589481.png
Langkah Kedua: Auto-Levelling

Pada skrin Home, tekan Prepare > Level > Auto > OK untuk auto-levelling. Bila nozel dah mula menyentuh bed plate, itu bermakna proses levelling sudah bermula. Ini mungkin mengambil masa beberapa minit untuk siap.

Seterusnya, untuk memastikan auto-levelling sudah berjaya, korang kena tengok nilai yang terpapar di skrin ET4. Pastikan tidak lebih 0.5mm.

Paling penting sekali, jangan lupa tekan OK untuk simpan data!

1618815615894.png
Langkah Ketiga: Manual-Levelling

Pertama, tekan Prepare > Level > Manual > 1,2,3,4 > OK. Letakkan kertas A4 di atas bed plate dan korang dah boleh mulakan melaras bed levelling. Korang boleh pilih antara butang (1,2,3,4) dan nozel akan pergi ke penjuru yang dipilih.
1618815675834.png
Kedua, periksa ruang (jarak dan ketinggian) antara nozel dan bed plate. Gerakkan kertas A4 yang korang letak tadi, gerakkan sikit kertas A4 tu melawan nozel untuk memeriksa geseran dan kelancaran. Sedikit geseran pada kertas A4 bermaksud levelling korang dah berjaya.​
1618815706297.png
Ketiga, tekan OK selepas korang dah periksa setiap penjuru. Nozel akan ke tengah semula. Selepas siap melaras setiap penjuru, tekan OK lagi sekali untuk menamatkan proses manual levelling.

Langkah Terakhir: Slicing Out dan Mencetak Desain

Dah penat laraskan bed levelling, korang boleh mula mencetak dan lihat sendiri bagaimana keputusan akhirnya. Untuk memastikan kalibrasi korang dilaras dengan baik, korang kena cetak desain percuma ni (Free Filament Test). Ada 3 jenis keadaan desain dicetak yang akan menentukan sama ada levelling korang berjaya ataupun tak.
1618815748879.png

Ujian filamen ini menunjukkan permukaan filamen berlubang dan terlalu nipis. Ini bermakna larasan tidak berjaya, mungkin juga sebab nozel terlalu tinggi, korang kena naikkan lagi bed plate.
1618815809536.png

Ujian filamen menunjukkan keadaan filamen yang berbonggol dan kasar. Ini bermakna larasan tidak berjaya. Mungkin juga sebab nozel terlalu rendah, korang kena rendahkan lagi bed plate.
1618815831046.png

Ujian filamen ini menunjukkan permukaan yang licin dan sempurna. Larasan sempurna dengan jarak 0.2mm. Ini bermakna larasan telah berjaya.​

Melalui 3 jenis keadaan filamen ini sendiri akan membuatkan korang tahu sama ada larasan korang tepat ataupun tak. Kalau tak, korang kena ulang semula langkah demi langkah dari permulaan untuk pelarasan semula bed levelling.

Boleh terus ke link kami untuk panduan berserta video
YouTube
Official Online Store
Shopee
Lazada
PG Mall

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
Jadi.life
Views
32
Last update

More entries in Others

More entries from Jadi.life

Top
Log in Register